KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Saturday, November 29, 2008

PERKEMBANGAN NIAGA

Alhamdulillah, diam tak diam dah lebih sebulan saya berniaga nasi ayam. Dalam tempoh ini juga saya tak sempat untuk buat kerja shooting program tv. Saya tolak beberapa offer yang datang kerana tak dapat bahagikan masa antara perniagaan dengan kerja. Cuma sekarang ni musim cuti sekolah, panggil adik dari kampung datang bantu. Insyaalah, 2 hb 12 ni adik ipar pula datang kerja. Rasanya dengan tenaga kerja 4 orang yang ada, saya boleh ambil ruang untuk buat kerja shooting. 3hb 12, saya mula bat drama tv untuk rtm. 8 hari tempoh shooting. Nasib baik dalam masa sebulan ni, orang rumah dah boleh masak. Masa recce baru ni, saya ke Perak 2 hari cari lokasi. orang rumah ambil alih kerja masak memasak. lepas saya balik kl, saya rasa apa yang dioa masak. Rasanya sama dengan apa yang saya buat. Cuma kasihan, penat katanya. Mana nak uruskan anak-anak, mana masa nak pergi masak tetapi inilah pengorbanan yang perlu di lakukan untuk meneruskan kehidupan.

Sejak harga minyak naik, barang-barang melambung naik. Jika sebelum ini saya tak perasan pun barang apa yanmg naik, tetapi sejak memulakan perniagaan ini, terasa benar dengan kenaikan harga barang. Sepatutnya dalam perniagaan makanan kita boleh mendapat keuntungan dalam 40%-50% tetapi sejak akhir-akhirnya amat payah untuk mendapat peratusan itu. Tambah-tambah lagi musim hujan ni, harga cili melambung naik. Jika pada awal Novemberharga cili dalan lingkungan 5-6 ringgit sekilo tetapi kini melambung hingga ke 15-18 ringgit. Mahal tu..!

Tapi apa boleh buat, nak tak nak kena beli juga sebab nak buat cili nasi ayam. Saya membuat jangkaan setelah 3 minggu berniaga akan menampakkan respon dari pelanggan. Jangkaan saya benar. Graf jualan meningkat dari minggu ke minggu. Pada minggu pertama saya hanya mampu menjual 3-6 ekor ayam je, minggu ke 2, 5 - 6 ekor, minggu ke 3,6-7 ekor, minggu ke 4, maintain 8 ekor dan mula awal Disember akan saya naikkan menjadi 10 ekor. Memang rasa teruja. Rasanya 10 ekor tu boleh habis, sebab masing-masing baru dapat gaji. Dan saya jangkakan selepas 3 bulan, saya mampu menjual 15 ekor satu hari. Insyaallah...!

LOKASI

Lokasi merupakan salah satu faktor yang penting untuk berniaga. Lokasi yang saya pilih tidaklah terlalu hebat kerana ianya bukan kawasan tumpuan orang ramai. Terletak di kawasan perumahan dan terdapat beberapa buah ofis. Tambah pula agak tersorok. Sungguh pun begitu, mungkin kerana menepati selera penggemar nasi ayam, alhamdulillah saya mampu bertahan.

KELAS NASI AYAM

Buat masa sekarang, saya tengah fikirkan bagaimana untuk mengembangkan perniagaan ini. Disamping berniaga, saya sedang menyiapkan satu kertas kerja perniagaan NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO. Saya mahu berkongsi perniagaan ini dengan usahawan-usahawan nasi ayam yang berminat untuk mengambil resepi ini. Jika sebelum ini, saya mengajar terus kepada mereka yang berminat, sekarang ni saya fikirkan alternatif lain. Rasanya yang lebih menguntungkan kedua-dua pihak. Insyaalah bila siap nanti, akan saya majukan kepada pihak MARA, Kementerian Usahawan, Belia, Persatuan-persatuan, Pusat Zakat, Felda dan baan-badan lain. Doakan saya, semoga impian ini akan tercapai.

Salam,

Rusdhi.

Sunday, November 2, 2008

SELEPAS 1 MINGGU

Sememangnya bukan perkara mudah untuk memulakan perniagaan. Terdapat berbagai halangan dan cabaran yang perlu kita tempuh. Kini sudah seminggu saya menjalankan perniagaan. Pada hari pertama saya berniaga, saya masak 4 ekor ayam, yang laku hanya dua. Esoknya saya masak lagi empat, yang laku tetap juga dua. Alhamdulillah. Bukan mudah nak bagi pelanggan singgah ke kedai kita. Tetapi yang saya nampak sangat, pelanggan yang sama mengunjungi gerai saya.

Pada hari ketiga saya masak 3 ekor ayam je, sebab dan dua hari berturut-turut sedekah kat orang. Tak apa...bukan rezeki kita. Terkejut gak..hari tu tak cukup..! Esoknya saya masak semula empat. tetap tak cukup. Saya tambah 5 esoknya, tak habis seekor. Tetapi alhamdullillah, hari ini...Ahad 2/11 saya masak 6 ekor, habis semuanya.

Saya tak sangka, dengan perkembangan yang berlaku. Saya pernah menyatakan bahawa saya akan mencapai ke tahap lebih 6 ekor selepas 3 minggu menjalankan perniagaan.

Saya harap perniagaan ini akan bertambah maju.