1. Setiap yang berlaku dalam hidup bermula dgn niat. Tanpa niat, kita tidak akan membuat apa-apa. Setiap orang mempunyai cita-cita dan dgn cita-cita dia akan mencapai impian itu. Pernahkah anda mengalaminya? Teringat saya semasa menghadiri kursus Usahawan Mara kira-kira 20 tahun dulu. Salah seorang penceramah menyarankan kita agar mempunyai matlamat jangka pendek dan juga matlamat jangka panjang. Dalam tak sedar 20 tahun berlalu, adakah impian jangka pendek tercapai? Apakah impian jangka panjang tercapai? Saya pernah mempunyai cita-cita ingin menjadi penulis, dan saya berjaya menghasilkan beberapa skrip untuk drama tv dan dokomentari. Saya pernah bercita-cita ingin menjadi chef, dan saya berjaya menjadi chef di beberapa buah restoran dan hotel. Saya pernah bercita-cita ingin bergelar pengarah tv program, saya berjaya menjadi pengarah untuk beberapa program tv dan drama. Saya pernah bercita-cita ingin mempunyai perniagaan makanan, dan hari ini saya mempunyai satu perniagaan makanan walaupun hanya sebuah gerai. Apakah cita - cita akan berakhir di sini, tentu sekali jawapannya TIDAK..!
2. Kita diberikan pilihan untuk hidup susah atau hidup senang. Ada yang memilih ingin senang maka mereka akan mendapat kesenangan, manakala yang memilih susah akan mendapat susah. Betul ke pendapat ini? Jikalau kita bertanya dengan ahli -ahli fikir atau para ilmuan, insyaallah mereka akan menyokong pendapat ini.
3. Kata orang pandai, hidupnya badan kerana adanya nyawa, hidupnya nyawa kerana adanya akal, hidupnya akal kerana adanya ilmu, hidupnya ilmu kerana adanya amalan, hidupnya amalan kerana adanya yakin, dengan adanya yakin maka terhapuslah syak wasangka, maka jadilah sesuatu perkara itu. Memang benar, jikalau ingin mengupas perkara di atas, sangat panjang masanya. Ingin mengetahui apakah nyawa, akal, ilmu, amalan, ilmu yakin, hanya orang yang berilmu saja mampu menghuraikannya.
4. Sebenarnya hari ini saya di kunjungi oleh 2 sahabat yang kedua-duanya adakah usahawan. Si A datang berjumpa saya untuk belajar resepi nasi ayam. Sedangkan beliau mempunyai pengalaman dalam dunia masakan selama bertahun-tahun. Saya menurunkan resepi secara practikal dan teori. Sambil itu kami banyak bercerita tentang hala tuju hidup dan impian masa depan. Dari percakapan dan ceritanya dia seorang yang positif, mempunyai wawasan dan mempunyai impian. Jikalau tidak tentu dia tidak akan berjumpa saya hari ini. 2 tahun lepas saya pernah mempelawanya untuk belajar resepi ini tetapi waktu itu, dia tidak berminat kerana mungkin merasakan beliau sudah pandai menyediakan masakan nasi ayam tetapi mungkin minggu lepas MINDA nya tergerak dan terbuka hatinya untuk berjumpa saya dan mempelajari resepi ini. Dan saya mempunyai perancangan yang besar bersamanya pada tahun 2011, insyaalah.
5. Sahabat saya yang kedua Si B, seorang usahawan yang agak berjaya dalam perniagaan makanan. Sempat bercerita mengenai impian dan katanya cukuplah dia boleh meneruskan hidup dan perniagaannya serta tidak meninggalkan hutang kalau dia tiada nanti. Saya kata impiannya akan tercapai kerana tidak ada impian yang tidak akan tercapai, insyaallah..! Sayangnya beliau tidak membuka MINDA nya untuk mempunyai impian yang lebih besar.
6. Kesimpulan..tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Jawapan ada di tangan pembaca semua. DENGAN NIAT, KEINGINAN, USAHA, KITA AKAN MENDAPAT HASILNYA.
BERSAMBUNG DALAM KUASA MINDA 2
Tuesday, September 28, 2010
KUASA MINDA
Posted by MY KITCHEN STUDIO at 6:11 AM 0 comments
Thursday, September 23, 2010
JADUAL TERBARU KELAS NASI AYAM
TARIKH : 2 HB OKTOBER 2010
HARI : SABTU
MASA : 10 PAGI
TARIKH : 3 HB OKTOBER 2010
HARI : AHAD
MASA : 10 PAGI
TEMPAT : NO 3C, JALAN PANDAN INDAH 3/3A,
55100 PANDAN INDAH,
KUALA LUMPUR.
YURAN : RM 150
TEMPAH TEMPAH ANDA SEKARANG.
RUSDHI 012 3995 173
ERA 012 617 1639
Posted by MY KITCHEN STUDIO at 2:18 AM 0 comments
Monday, September 6, 2010
SELAMAT HARI RAYA
Salam,
SELAMAT HARI RAYA kepada semua pengunjung yang mengenali dan tidak mengenali saya. Andai anda terkasar bahasa dan tersilap kata, kemaafan di pinta.
Kepada sesiapa yang pernah mempelajari resepi nasi ayam yang saya turunkan, harap mampu mencari rezeki dgn nasi ayam.
Tahun ini merupakan tahun ke 3 saya berniaga nasi ayam di Pasar Ramadhan Pandan Indah, alhamdulillah sambutan tidak mengecewakan. Walaupun saya sibuk dengan shooting Doko Halal World untuk TV 3, tetapi saya masih berkesempatan menjalankan perniagaan di pasar ramadhan.
Rasanya, sejak saya menjalankan perniagaan di gerai Pandan Indah, saya tidak mengiklankan kursus nasi ayam di akhbar. Pelajar yang datang mengetahui tentang kursus melalui blog ini dan kawan-kawan.
Insyaallah selepas raya, saya akan kembali mengadakan kursus secara intensif setiap sabtu dan ahad. Sebanyak 4 kelas akan diadakan iaitu 10 pg - 1 petang dan 2 petang hingga 5 petang. HARGA TAWARAN YANG SUNGGUH MENARIK RM 150 dari harga asal RM 500 sebelum ini.
SELAMAT HARI RAYA.
salam,
Rusdhi Darikah
012 3995173
Posted by MY KITCHEN STUDIO at 9:32 PM 0 comments