KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Saturday, June 28, 2008

JULAI 2008

Dalam tak sedar, Julai menjengah menandakan 2008 sudah di pertengahan. Kali terakhir saya update blog ini pada April. Agak lama juga tak meluangkan masa, menulis dan berkongsi pengalaman. Sejak pertengahan Februari saya agak sibuk dengan penggambaran beberapa rancangan televisyen, alhamdulillah rezeki anak-anak. Di kalangan pekerja industri penerbitan seperti saya ni, tawaran kerja yang datang memang sukar di tolak. Tambah pula kalau bergiat secara 'freelance'. Kami tidak terikat dengan mana-mana stesen tv dan production house.

Saya telah selesai menjalankan penggambaran telefilem ' Menanti Cahaya ' yang dilakonkan oleh Rebecca Al Islam, Riezman Khuzaimi, Ridhuan Hashim, Khaty Azean, Zazlee dan beberapa pendatang baru dalam dunia lakonan.Insyaallah akan ditayangkan di RTM dalam masa yang terdekat. Ceritanya ditulis dan diarahkan oleh saya sendiri. Satu pengalaman baru sebenarnya dalam dunia penerbitan. Terima kasih kepada semua pelakon yang memberikan 100 % komitmen dan kuga krew yang banyak membantu saya. Sememangnya untuk menjayakan sebuak produksi, pasti ada masalah yang datang tapi alhamdulillah, sepanjang lapan hari penggambaran berlangsung tiada halangan besar yang kami tempuh. Gerak hati saya berkata ; Rebecca akan menjadi pelakon hebat satu masa nanti. Yang lain-lain tu, rasanya dah memang dikenali ramai dan tersohor.

Jika sebelum ini saya menjadi penolong pengarah kepada beberapa telefilem tetapi apabila duduk di kerusi Director, ianya merupakan satu pencapaian dalam kerjaya saya. Insyaallah, bukan setakat ini saja, jika ada rezeki cerita-cerita lain bakal menyusul.

Sebaik saja drama tersebut siap, saya terlibat dalam rancangan hiburan ' Skrin Video' sebanyak 20 episod. Konsepnya agak mudah, memperkatakan tentang klip video lagu artis-artis tempatan, Singapura dan Indonesia. Misha Omar yang menjadi pengacara berjaya memainkan peranannya untuk menghidupkan rancangan tersebut. Seramai 20 artis di jemput untuk menjayakan rancangan seperti Nora, Nasser Wahab, Adibah Noor, Fauziah Latif, Imran Ajmain, Six Sense dan lain-lain. 5 hari berkurung dalam studio bagi melengkapkan penggambaran. Biasanya, jika mendapat projek-projek sebegini merupakan satu bonus yang jarang di dapati. Untuk pengetahuan anda, penggambaran MCP dalam studio ni lebih senang jika berbanding dengan SCP ( penggambaran luar ). Dalam studio, kita menggunakan 4 camera berbanding menggunakan 1camera jika SCP. Dan masa penggambaran lebih singkat. 20 Episod itu juga telah siap di edit dan di hantar ke RTM.

Kemudian saya juga ditawarkan untuk satu program lain ( SCP ) juga untuk siaran RTM yang berjudul Aksi Gerek. Rancangan ni lebih kurang ala Amazing Race atau Explorace yang popular kat TV 3 satu masa dulu. Macam saya katakan tadi, untuk menyiapkan rancangan ni mengambil masa lebih kurang 2 bulan. Mencabar juga tu. Tapi yang menariknya konsep yang diketengahkan. Yang mana setiap kumpulan diwakili oleh peserta Malaysia dan Singapura. Pengacara juga dari Malaysia ( Hezrey - DJ KLFM ) dan Singapura ( Fizah Hanim - Pelakon Cinta Q ; yang sedang ditayangkan di Astro ). Pertama kali saya bekerja dengan pengacara Singapura, hmmm - bagus budak ni. Ada potensi untuk terkenal satu hari nanti, seorang yang rendah diri dan bagus disiplinnya. Jika mana-mana produser yang hendak tawarkan watak lakonan atau pengacaraan - saya berani rekomen. Rancangan ini telah siap penggambaran dan dalam proses editing.

Saya juga berkesempatan menjadi Penolong Pengarah kepada Mr Silver Chong dalam satu Dokudrama sebanyak 12 episod. Dia ni memang orang lama dalam industri. Pernah buat filem dan terkenal dengan cerita seperti Block 404, Satria Maya, CID dan macam-macam lagi. Saya ingat lagi pesan orang2 lama ; seorang kawan itu, satu dunia yang penuh pengalaman. Bersama Silver, satu pengalaman yang begitu berharga kepada saya dalam aspek pembikinan sesebuah produksi. Setiap Pengarah mempunyai cara yang berbeza untuk melaksanakan tugas mereka. Tanpa banyak masalah kami dan seluruh team berjaya menyiapkan episod tersebut dalam masa yang agak singkat. Beliau menawarkan saya untuk mengikutnya menjayakan 13 episod drama 1 jam untuk TV 3 yang akan mula menjalani penggambaran pada bulan Julai. Tetapi saya terpaksa menolak kerana MY KITCHEN STUDIO telah agak lama saya tinggalkan. Sejak pertengahan Februari hingga Jun, saya terlibat sepenuhnya dalam beberapa rancangan TV.

Ramai yang bertanyakan, bila lagi nak adakan kelas Nasi Ayam dan Western Food. Jadi saya mengambil keputusan untuk berada di My Kitchen sepanjang Julai ini, insyaallah. Kalau siapa-siapa yang nak belajar, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.

Salam dari saya,

Rusdhi

2 comments:

harhtan said...

wak.. wah bersemangan bila dengar org KK boleh jual sampai mcm tu..kira testimonial la ni ek... rasa mcm nak dtg belajar juger...ada discount? hehehehe ;)

MY KITCHEN STUDIO said...

ilmu itu sebenarya tidak ternilai...datanglah jika ada kesempatan.