KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Thursday, January 22, 2009

CITARASA PELANGGAN

Sebagai seorang yang pernah terlibat dengan dunia masakan satu masa dulu,saya cuba memahami selera dan citarasa pelanggan. Banyak orang banyak pula ragamnya. Selera dan citarasa kita ni tak sama. Ada yang 'taste' tinggi, ada pula yang 'ok-ok' dan ada pula yang tak kisah. Memahami karenah dan citarasa pelanggan bukannya mudah. Saya pernah mendapat nasihat dari Tauke Restoran berjaya dari Melaka,

Katanya " Dee, kalau kita yakin dengan produk kita, teruskan. Kalau kita nak dengar 10 pendapat dari 10 pelanggan, jawabnya tak berniagalah kita. Mana satu nak ikut? Sebab semua citarasa pelanggan tak sama. Kalau selera pelanggan kena dengan masakan kita, insyaalah, kita akan berjaya. Lagi pun pelanggan ada pilihan. Kita tak boleh paksa mereka datang..!

Terbukti kini, beliau berjaya dengan kata hatinya. Sekarang dia memiliki sebuah restoran yang mempunyai lebih 30 pekerja dan jualan harian boleh mencecah 7-10 ribu 1hari berniaga.


(gambar yang diambil oleh salah seorang pengunjung, terima kasih encik me - www.yginsaf.com )

2 comments:

en_me said...

salam bro.. me tidak hina kamu sebab punya warung di tepi longkang.. cuba baca baik2 blog me yg itu.. kalo me hina kamu, mesti me tidak KAGUM dengan usaha gigih kamu menjadi usahawan.. dah kamu tampal gambar dari blog me TANPA IZIN walaupun kamu sebut nama me yg ini..

me rest my case.. salamm

MY KITCHEN STUDIO said...

Salam me, saya nak ucap terima kasih sebab promote gerai saya secara tak langsung.

Sebab me promote gerai saya, pada masa yang sama saya masukkan link web me, di gambar tu.

Saya suka dengan tulisan me tentang pelbagai perkara. Teruskan menulis. Kadang-kadang, saya juga singgah di situ.

Kalau ada masa lagi, singgah le ke gerai saya.

Salam