KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Tuesday, April 1, 2008

BERITA TERKINI

Salam hormat kepada semua pengunjung, terlebih dahulu saya minta maaf kerana agak lama tak update blog ni. Dan kepada yang berminat untuk belajar nasi ayam dan western food, saya minta maaf kerana tidak dapat mengadakan kelas dalam masa terdekat. Banyak mesej dan panggilan yang saya terima. Sejak pertengahan Februari yang lepas saya agak sibuk dengan penggambaran beberapa rancangan TV. Antaranya mengarah telemovie untuk RTM dan rancangan hiburan 20 episod bersama dengan Misha Omar. Selepas ini saya agak sibuk dengan 13 episod rancangan berbentuk ala amazing race. Insyaalah rancangan itu akan siap pertengahan Mei. Saya akan cuba meluangkan masa Sabtu dan Ahad untuk mengadakan kelas tersebut. Kepada yang berminat sila email kepada saya no telefon untuk dihubungi apabila saya berpeluang mengadakan kelas. Insyaalah kita akan bertemu.

Jika ada yang terbaca tentang salah seorang pelajar saya yang belajar nasi ayam dan membuka perniagaan di Kuala Kangsar, beliau kini membekalkan nasi ayam sebanyak 500 bungkus setiap hari kepada sebuah sekolah di sana yang dijual RM 3.oo sebungkus. Wah! Tahniah. Banyak tu. Dan banyak lagi tempahan yang bakal beliau ambil. Sekarang dalam proses membuka sebuah restoran di sana.

Jangan lepaskan peluang mempelajari resepi ini. Insyaalah bakal mengubah cara hidup anda.

Salam kejayaan.

Rusdhi