Pada permulaan saya menjalankan perniagaan dulu, saya menggoreng ayam yang digunakan untuk nasi ayam. Tapi sejak dua tiga bulan ni, ayam itu dibakar. Rasanya 50% lebih sedap dari yang lama. Kepada yang datang untuk belajar, saya akan mengajar teknik menggoreng dan juga membakar.
Teknik merebus ' nasi ayam hainan ' hanya akan diajar secara teori.
Tuesday, November 3, 2009
AYAM NASI AYAM
Posted by
MY KITCHEN STUDIO
at
2:44 AM
0
comments
Links to this post
KELAS NASI AYAM
Salam,
Agak lama tak update laman ni. Sejak bulan February agak sibuk sampai sekarang. Selepas ini juga saya agak sibuk sampai pertengahan Januari 2010. Tentang kelas masakan nasi ayam, buat masa ini saya tidak mengumpulkan orang untuk belajar. Siapa yang berminat, hanya perlu bagi tau. Saya memasak setiap hari, kecuali hari Ahad. Saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk belajar.
Insyaalah, kalau free saya akan kembali menulis.
Posted by
MY KITCHEN STUDIO
at
2:38 AM
0
comments
Links to this post
Tuesday, February 10, 2009
GERAI VS FOOD COURT
Sebelum saya berniaga nasi ayam kat Pandan Indah, saya dah lama mintak food Court kat Menara Maybank. Payah juga nak dapat tu. Entah macam mana ada rezeki saya, permohonan saya di luluskan oleh penyelia di food court tu. Ada sebuah gerai yang hendak di sewakan.
Bila dah dapat lampu hijau, pergilah mohon lesen kat DBKL. Kalau tak silap saya bulan November 2008. Pihak DBKL akan keluarkan lesen dalam masa sekurang-kurangnya 2 bulan dari tarikh permohonan. Terkejut gak. Kenapa lama benar ambil masa nak keluarkan lesen? Sebab tapak niaga pun dah ada. Tapi mungkin itu dah kaedahnya, kita golongan marhaein ni ikutkanlah je.
Lepas raya tahun lepas, ternampak pulak gerai yang hendak disewakan di Pandan Indah. Sementara nak tunggu lesen DBKL lulus, apa salahnya saya berniaga kat situ. Banyak sebab saya ambil tindakan tu, antaranya dekat dengan rumah, dekat dengan studio saya. Senang. Masak kat studio, hantar kat gerai.
Setelah 5 kali turun naik DBKL, akhirnya lesen saya diluluskan. Alhamdulillah. kalau tak ada aral melintang saya akan buka satu lagi cawangan di Gerai 23B, Tingkat 2,Medan Selera Maybank, Jalan Tun Perak, pada 17hb Februari 2009.
Pekerja? Tu yang pening sikit ni. Dah train kat 2 bulan dah,tak pandai-pandai gak. Tapi tak apa, tentu ada penyelesaiannya : mana ada kejayaan tanpa melalui kesusahan. Jadual saya akan berubah lagi dengan terbukanya cawangan ini. Kalau sekarang ni, bangun pukul 6 pagi, rasanya kena bangun lebih awal kot..? he he he
Posted by
MY KITCHEN STUDIO
at
7:29 AM
1 comments
Links to this post
Friday, January 30, 2009
ALAHAI, HARGA BARANG
Masa mula-mula berniaga dulu, harga cili merah boleh di beli dengan harga RM 5 sekilo di pasar. Tapi dua bulan kebelakangan ni harga mencanak naik sehingga RM12-RM14 sekilo. Mula-mula ingat harga tu hanya sementara, sebab musim tengkujuh bulan December, tapi sampai Januari kekal macam tu. Di Pasaraya Besar yang terkenal tu, hari ini 30 Januari, harga di situ masih RM12.90 sekilo. Di kedai berhampiran RM 11. Terfikir sampai bila harga nak macam ni. Kalau berniaga nasi ayam dengan harga semacam ni, memang pening kepala. Jumlah jualan memang bagus, tetapi banyak yang kena dikeluarkan untuk beli barang.
Sejak ada orang hantar ayam ke kedai, saya agak malas nak ke pasar. Saya banyak berbelanja di pasaraya besar sekitar Pandan Indah. Dan kadang-kadang di kedai borong yang ada di sekitar. Saya telah membuat kesilapan yang besar lebih dua bulan. Rupa-rupanya harga pasar borong jauh lebih murah dari harga yang tempat saya sebutkan tadi. Bayangkan banyak mana kerugian saya selama dua bulan ni dengan membeli barangan di tempat itu.
Cuma nak kongsi perbandingan harga barang :
PASAR BORONG
CILI MERAH 5.50 KG
TIMUN 1.00 KG
LIMAU KASTURI 5.00 KG
TOMATO 2.40 KG
SERAI 9.00 1 BEG
KEDAI/PASARAYA
CILI MERAH 11.00 KG /12.99 KG
TIMUN 3.30 KG
LIMAU KASTURI 7.70 KG
TOMATO 5.60 KG
SERAI 25.00 1 BEG
Rupanya-rupanya, kedai lebih separuh dari harga sebenar. Kesimpulannya, kalau kita nak berniaga makanan, kena sediakan modal dan pergilah ke pasar borong.
Hanya untuk ingatan diri sendiri.
Posted by
MY KITCHEN STUDIO
at
5:27 AM
0
comments
Links to this post
Thursday, January 22, 2009
CITARASA PELANGGAN
Sebagai seorang yang pernah terlibat dengan dunia masakan satu masa dulu,saya cuba memahami selera dan citarasa pelanggan. Banyak orang banyak pula ragamnya. Selera dan citarasa kita ni tak sama. Ada yang 'taste' tinggi, ada pula yang 'ok-ok' dan ada pula yang tak kisah. Memahami karenah dan citarasa pelanggan bukannya mudah. Saya pernah mendapat nasihat dari Tauke Restoran berjaya dari Melaka,
Katanya " Dee, kalau kita yakin dengan produk kita, teruskan. Kalau kita nak dengar 10 pendapat dari 10 pelanggan, jawabnya tak berniagalah kita. Mana satu nak ikut? Sebab semua citarasa pelanggan tak sama. Kalau selera pelanggan kena dengan masakan kita, insyaalah, kita akan berjaya. Lagi pun pelanggan ada pilihan. Kita tak boleh paksa mereka datang..!
Terbukti kini, beliau berjaya dengan kata hatinya. Sekarang dia memiliki sebuah restoran yang mempunyai lebih 30 pekerja dan jualan harian boleh mencecah 7-10 ribu 1hari berniaga.
(gambar yang diambil oleh salah seorang pengunjung, terima kasih encik me - www.yginsaf.com )
Posted by
MY KITCHEN STUDIO
at
9:24 AM
2
comments
Links to this post
GERAI TEPI LONGKANG
.jpg)
Setiap manusia di lahirkan dengan rezeki dan nasib masing-masing. Kita tidak tahu ke mana haluan hidup kita: pada hari ini kita berada di sini, pada hari esok kita berada di situ. Itulah lumrah alam. Perjalanan kita telah di atur. Hari ini kita bercita-cita hendak buat itu, tetapi mungkin esok lain pula jadinya.
Setiap manusia juga lahir dari latar belakang berbeza. Ada datangnya dari keluarga kaya raya, ada juga dikalangan biasa. KUALITI ada pada diri kita. Kita sendiri yang harus menterjemahkannya. Tidak ada orang yang akan memajukan diri kita, selain dari kita sendiri.
Setiap manusia juga di beri pilihan, samada memilih kebaikan atau memilih keburukan. Kita juga dianugerahkan akal, yang membezakan kita dengan haiwan. Perubahan yang ingin kita lakukan, merupakan 'titik point' yang akan mengubah seluruh kehidupan kita. Kita tidak akan berubah andainya sentiasa berada di zone selesa atau kita tak ingin berubah.
Apa malunya berniaga di TEPI LONGKANG? Kita sebagai manusia seharusnya mengukur baju di badan sendiri. Andai kita mampu, binalah restoran canggih di KLCC atau mana-mana tempat hebat tetapi andainya kita tak mampu, pilihlah di mana-mana yang ALLAH tentukan rezeki kita. Tidak perlulah kita mendabik dada dengan kejayaan yang kita capai hari ini; esok kita tak tahu di mana kita berada.
Percayalah, kalau benih yang baik itu - dicampak ke ke laut menjadi pulau, di campak ke darat menjadi...?
Jika kita inginkan kejayaan, kejayaan itu menanti kita. Tetapi kalau berserah kepada nasib, nasib tidak akan berubah tanpa usaha.
Posted by
MY KITCHEN STUDIO
at
8:41 AM
0
comments
Links to this post
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
