KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Monday, October 27, 2008

MULA MENGORAK LANGKAH

Salam buat semua pengunjung,

Agak lama saya tidak update laman ini. Sebelum tu saya nak ucap selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kepada sesiapa yang pernah mengikuti kelas nasi ayam MY KITCHEN STUDIO, saya berharap ada yang telah berjaya dan mampu menjadikan resepi yang di pelajari sebagai satu bidang perniagaan.

Sebelum meneruskan pembacaan ada eloknya, jika membaca semula Tajuk yang agak awal saya tulis dahulu iaitu SEJARAH NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO 1 DAN 2. Di dalam tulisan tersebut , pembaca berpeluang mengenali saya dan impian saya tanamkan.

Pada akhir tulisan SEJARAH NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO 2 saya ada menyebut, bahawa insyaalah kalau ada keizinan tuhan NASI AYAM ini akan di BRANDING kan pada tahun 2011. Seingat saya tulisan tersebut adalah pada bulan JANUARI 2008. Hari ini, ketika saya menulis, 27/10/2008 ; 9 bulan selepas itu.

Sesuatu keazaman itu mesti dimulakan dengan langkah. Kita tidak boleh berangan dan berharap angan -angan itu akan menjadi kenyataan tanpa usaha. Kita mesti berusaha dan terus berusaha.

Walaupun banyak mukadimah yang saya tulis, apa yang saya ingin katakan hanyalah saya telah membuka sebuah gerai berhampiran dengan kitchen saya. Jadi mulai sekarang kepada semua pembaca, jikalau teringin makan nasi ayam MY KITCHEN STUDIO saya mengalu-alukan kedatangan anda ke gerai saya di alamat : JALAN PANDAN INDAH 3/3A, PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR.

Kalau ada pembaca yang tak tahu, caranya mudah :

1. Cari lokasi PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR.
2. Tanya orang di mana letaknya sekolah menengah pandan indah.
3. Di depan sekolah menengah terdapat sebuah kedai 7 eleven.
4. Lalu di depan 7 eleven dan anda akan nampak gerai saya ( di hadapan pasar mini Friska )
5. Kalau sesat - call saya 012 3995173.
6. Waktu berniaga buat masa ni 11 pagi - 6 petang.

Inilah yang saya lakukan. Gerai ini akan menjadi model kepada bakal-bakal usahawan nasi ayam MY KITCHEN STUDIO.

Salam. Tq