Sepanjang saya terlibat dalam bidang penyediaan makanan, saya berjumpa dengan berbagai resepi nasi ayam. Selain dari pengalaman sendiri, buku-buku yang dibaca, tak kiralah dalam versi melayu atau mandarin memberi saya peluang untuk mencuba resepi-resepi tersebut. Saya juga banyak mencuba makanan ini digerai/restoran yang terkenal. Dari deria rasa yang ALLAH kurniakan, saya mencari bahan-bahan rahsia yang tersembunyi disebalik setiap hidangan. Begitu juga dengan teknik masakan yang tidak terdapat di dalam buku-buku.
Akhirnya saya terjumpa satu resepi, yang saya rasa unik dan boleh diketengahkan. Saya menyediakan hidangan ini, dan meminta pendapat kawan-kawan. Ramai yang mengatakan sangat sedap pada masa itu. Segala pujian yang diberi tidak menghentikan usaha saya untuk mendapatkan resepi yang terbaik.
Jikalau sebelum ini, sessi 'food testing ' percuma, saya bercadang untuk mengetengahkan produk ini di pasaran pada tahun 1998. Lokasi pertama perniagaan saya di sebuah FOOD COURT di Taman Nirwana, Ampang. Hanya satu ruang kecil, khas untuk Nasi Ayam. Dengan sewa ketika itu RM 500 sebulan. Perniagaan pula bermula dari JAM 5 PETANG - 12 MALAM.
Pada pendapat saya, NASI AYAM kurang sesuai untuk hidangan makan malam. Tetapi ini tidaklah bermakna perniagaan ini tidak boleh dijalankan tetapi agak kurang. Kawasan perniagaan yang saya jalankan ini, merupakan lokasi perumahan yang tidak berapa strategik. Para pelanggannya pula hanyalah penduduk kawasan sekitar. Namun begitu, kejutan yang saya perolehi adalah,saya telah mendapat pelanggan tetap dari pelbagai kaum.
Dan pernah satu ketika, satu keluarga cina berulang-ulang datang makan nasi ayam setiap hari selama satu minggu. Seolah-olah mereka tidak puas dan sentiasa ingin menikmati hidangan ini. Dan selepas itu, mereka tetap datang seminggu sekali atau dua minggu sekali.
Teringat pengalaman saya dengan satu pasangan kekasih. Mereka adalah pelanggan setia Food Court ini. Pada minggu-minggu pertama gerai dibuka, mereka langsung tidak menghiraukan nasi ayam saya. Maklumlah di situ juga terdapat makanan Thai, Western Food, Nasi lemak, Satay, Nasi Beriyani, Thandori. Roti Canai, Thandoori dan macam-macam lagilah. Lagi pun tak kenal maka tak cinta.
Nak dijadikan cerita, pada satu hari makanlah teman wanita pasangan ini. Sejak itu, setiap kali mereka datang ke sini, si teman wanita itu akan makan nasi ayam MY KITCHEN STUDIO.
Banyak lagi saya akan kongsikan sejarah ini, antaranya ketika berniaga di Jengka pahang. NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO pernah sampai ke sana. Nanti saya sambung dalam sejarah 2.
Sunday, January 13, 2008
SEJARAH NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO 1
Posted by MY KITCHEN STUDIO at 8:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment