KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Tuesday, January 29, 2008

SEKADAR RENUNGAN

Berapa usia anda sekarang? Cuba bertanya diri sendiri, apakah yang telah dicapai sepanjang hidup ini? Dan bertanya semula, apakah yang telah dijalani pada 5 tahun lepas? Apakah pada ketika ini, masih melakukan pekerjaan yang sama pada 5 tahun lepas? Adakah jawatan yang di pegang masih sama? Atau adakah perniagaan masih berada ditahap lama? Dan berilah rumusan sendiri, adakah berpuas hati? Tentu ada jawapannya.

Jika ada peningkatan, alhamdullillah tetapi jika masih berada di tahap yang sama, apa silapnya?

Ketika saya menulis ini, sebenarnya saya sedang 'print' sesuatu dalam jumlah yang agak banyak. Sambil menunggu proses ini selesai, saya melihat deretan gerai makan yang berada di hadapan rumah. Saya tinggal di rumah ini lebih daripada 7 tahun. Anak-anak saya membesar di rumah ini. 7 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Jikalau kita mengukur pencapaian atau kejayaan, ianya pasti telah memberikan jawapan.

Peniaganya masih sama. Adalah satu dua yang bertukar, lalu menyerahkan gerai itu kepada orang lain untuk kendalikan. Terdapat 16 buah gerai di situ. Ada peniaga yang mempunyai satu pintu, peniaga lain pula 2 pintu dan ada yang 3 pintu. Dari kesemua jumlah ini, 6 peniaga menjalankan menjalankan masakan panas ala tomyam,satu peniaga'western food', 2 peniaga nasi ayam, satu peniaga nasi campur dan satu peniaga menjual goreng pisang.

Dalam tempoh 7 tahun, setiap malam, kawasan ini dipenuhi dengan pelanggan yang datang dari kawasan sekitar. Pada awal bulan, jumlah pelanggan semakin meningkat. Bagi perniagaan masakan panas, mereka kebanyakannya dapat 'maintain'jumlah pelanggan, manakala bagi perniagaan ' western food',pada hari-hari biasa agak kurang tetapi bagai kena 'jackspot'pada awal bulan.

Bagi saya yang tinggal di sini, amat jarang singgah di gerai-gerai ini, kalau saya dan keluarga ingin makan di luar, di lokasi lain kami singgah. Bukan dah jemu, tetapi tidak berapa kena dengan selera saya. Makanan yang di jual tidak mencapai selera saya. Dan kalau saya terpaksa membeli pun, kerana saya tidak mempunyai pilihan lain.

BERLAGAK..!

Mungkin itu yang terfikir di benak, menuduh saya begitu. Mungkin ada benarnya, tetapi bagi saya, apa yang saya kata ini ada kebenarannya. Sungguh pun begitu, bagi saya peniaga-peniaga ini lebih hebat pendapatannya dari saya. Mereka inilah'bakal-bakal jutawan senyap'.

Kenapa saya berkata begini, sejak 7 tahun lepas, hampir tidak ada perubahan terhadap susun atur gerai, kerusi meja sama malah boleh dikatakan tiada usaha untuk mencantikkan gerai masing-masing, walaupun telah 7 tahun berada di situ. Inilah yang saya cuba kaitkan dengan persoalan saya, di awal penulisan tadi. Apakah yang kita lakukan pada hari ini masih sama dengan apa yang kita lakukan 5 tahun lepas, atau adakah kita telah melakukan peningkatan?

Atau adakah ini kelemahan orang-orang kita yang bakal menjadi jutawan senyap ini, takut untuk melaburkan sebahagian rezeki yang diperolehi untuk mencantikkan, atau menambah mutu masakan, atau adakah mereka ini hanya.......setakat itu sahaja? Saya bukan hendak menyalahkan mereka, tetapi sekadar renungan, untuk saya sendiri..!

Tepuk dada, tanyalah selera..!

No comments: