KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Thursday, February 7, 2008

NASI AYAM DI KUALA KANGSAR



8HB FEBRUARI 2008

Minggu lepas, saya mengadakan satu kelas untuk menyediakan nasi ayam. Sebelum itu saya mendapat satu panggilan dari Kuala Kangsar yang menyatakan minat untuk mempelajari resepi ini.

Setelah bertanya sedikit sebanyak, adik ini mengatakan bahawa beliau telah menjalankan perniagaan nasi ayam baru 2 bulan dengan resepi sendiri. Setakat ini beliau hanya mampu menjual nasi ayam hanya 2 ekor sehari. Perniagaan ini dijalankan dari pukul 7 pagi hingga lewat petang dan menumpang dengan sebuah kedai makan orang lain.

Kelas diadakan pada hari Ahad 3 Februari 2008. Hari Isnin beliau tidak berniaga kerana baru pulang dari Kuala Lumpur setelah belajar resepi nasi ayam My Kitchen Studio. Beliau kembali menjalankan perniagaan pada hari Selasa.

Sesuatu keajaiban berlaku, apabila saya menghubungi beliau untuk urusan penyerahan sijil kursus (8hb Feb, 11 pagi), beliau menyatakan beliau berjaya menjual 5 ekor ayam sehari. Ini satu peningkatan yang luar biasa.

Saya berharap, perniagaan beliau akan bertambah maju. Jikalau dalam beberapa hari peningkatan sekali ganda, apatah lagi jika mengambil masa 3 bulan seperti yang saya katakan padanya.

'Bersabar selama 3 bulan sahaja, jika lokasi kita tidak berapa strategik tetapi jikalau lokasi perniagaan kita tempat tumpuan orang ramai, dan pelanggannya berhubung antara satu sama lain, mungkin mengambil masa 2 minggu,' Itulah antara kata-kata saya kepada usahawan-usahawan yang mempelajari resepi ini. Banyak lagi tip-tip yang saya berikan sepanjang kursus berlangsung.

Adik ini membuktikan dia mampu pergi jauh dengan semangat dan usaha yang dilakukannya. Saya hanya memberikan resepi yang terbaik dan selebihnya adalah hasil usaha sendiri.

Saya akan 'update' lagi tentang perniagaan nasi ayam adik ini yang berniaga di Kuala Kangsar, Perak selepas 3 bulan dari tarikh hari ini.

No comments: