Saya mengiklankan perniagaan saya ini di dalam Utusan Malaysia dan Harian Metro. Selepas ini banyak lagi langkah-langkah promosi yang akan saya buat. Buat sementara, saya akan mengeluarkan belanja untuk pengiklanan, tak apa...asalkan kelas saya dapat berjalan.
Banyak call dan mesej yang saya terima. Ini membuktikan di luar sana terdapat begitu ramai yang berminat untuk mempelajari resepi nasi ayam. Ramai yang berjanji akan datang ke kelas saya pada masa-masa akan datang.
Maklumlah, awal tahun banyak belanja yang terpaksa dikeluarkan. Saya begitu memahami keadaan itu. Harga yang saya tawarkan RM 250. Sememangnya resepi yang baik, bukan itu harganya. Malah jauh lebih tinggi dari itu.
Sebagai contoh, saya pernah berhubung dengan penyelidik makanan dari jabatan kerajaan dan juga chef-chef ternama dalam bidang ini. Kerja saya dalam bidang penerbitan TV secara tidak langsung, membuatkan saya bergaul dengan ramai orang. Saya juga pernah membuat rancangan masakan untuk siaran televisyen. Apa yang cuba saya sampaikan ialah, dalam nada bergurau saya berminat dengan satu 'filing durian ' yang digunakan untuk pembuatan coklat. Berapa harga jika saya ingin resepi tersebut? Dengan nada gurauan juga mereka menjawab RM 2 JUTA. Walaupun bergurau, saya tahu itulah harga resepi yang baik.
Saya faham, ramai pengusaha lain yang menjadi pesaing dalam bidang ini. Lihatlah dalam akhbar, internet...berbagai-bagai kelas masakan yang terdapat dipasaran. Ada resepi nasi ayam yang dijual serendah RM 50 ringgit. Malah ada yang RM 100, RM150 dan seterusnya.
Berapakah nilai harga barang yang baik? Ambillah contoh sepasang selipar. Terdapat banyak perbezaan antara selipar yang berharga RM 10 dengan RM 100. Memang..! Kedua-dua selipar ini terletak di kaki dan boleh dipakai TETAPI keselesaan, ketahanan, mutu dan jaminan tentulah jauh berbeza. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang harga, kerana saya tahu anda faham apa yang saya maksudkan.
Berbalik kepada My First Student, namanya Che Ani yang berada di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau baru bersara dari jabatan kerajaan dan sedang mengusahakan sebuah motel dan restoran di sana. Beliau pernah menjalankan perniagaan Nasi Ayam di sekitar Selangor pada satu masa dahulu. Setiap hari lebih 40 ekor yang berjaya dijual. Bayangkan.... 1 ekor, lebih kurang 12 ' portion ' nasi ayam x RM 3 X 4o ekor, berapa jumlahnya? Dari jualan nasi ayam sahaja, beliau memperolehi pendapatan RM 1440. Ini adalah harga jualan bukan keuntungan.
Ketika menerima panggilan darinya, saya mengatakan kalau itulah jumlahnya, tidak perlu lagi belajar dari saya. Tetapi mungkin jodoh yang telah di tetapkan beliau menjadi pelajar pertama saya. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana mempercayai saya. ( SILA BACA SIAPA SAYA ).
Ketika pembelajaran sedang berlangsung, kami sempat berbual panjang tentang perniagaan dan nasi ayam. Selepas proses memasak selesai, kami makan bersama nasi ayam yang saya masak dan saya menunggu komennya.
Ketika ini, saya mengharapkan keikhlasan darinya. Berikan komen sejujur-jujurnya...beliau menyatakan, rasanya sangat berbeza dengan apa yang beliau jual dahulu. Jauh lebih sedap. Sempat juga dia menceritakan bahawa di kawasan tempat tinggalnya sekarang terdapat sebuah perniagaan nasi ayam yang telah pun mempunyai beberapa cawangan, pengusaha itu sudah mampu memakai kenderaan berjenama mewah dan rumah besar. Dan katanya lagi...nasi ayam yang sedang dimakannya mengatasi jauh nasi ayam tersebut.
Alhamdullillah, beliau sangat berpuas hati dengan pelajaran yang diperolehinya pada hari itu. Dan beliau akan menggunakan resepi yang saya berikan untuk memulakan perniagaan nasi ayamnya di Bukit Mertajam. Selamat Maju Jaya saya ucapkan.
Dan dalam masa terdekat, pengusaha nasi ayam di sana sudah ada saingan. Untuk berjaya terdapat banyak halangan. Saya yakin, Che Ani mampu mengatasi semua halangan itu kerana beliau mempunyai satu produk yang boleh diniagakan. Tentunya masa adalah penentu segalanya. Berilah masa selama 3 tahun, kepada diri sendiri untuk membuktikannya. Kalau umur panjang, kita jumpa lagi. Insyaalah.
Friday, January 11, 2008
MY 1ST STUDENT
Posted by MY KITCHEN STUDIO at 5:04 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum...masih buat class nasi ayam lg ke.macammana saya nak join class.Saya nak sangat belajar buat nasi ayam...
assalamualaikum...masih buat class nasi ayam lg ke.macammana saya nak join class.Saya nak sangat belajar buat nasi ayam...
Post a Comment