KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Thursday, January 22, 2009

GERAI TEPI LONGKANG



Setiap manusia di lahirkan dengan rezeki dan nasib masing-masing. Kita tidak tahu ke mana haluan hidup kita: pada hari ini kita berada di sini, pada hari esok kita berada di situ. Itulah lumrah alam. Perjalanan kita telah di atur. Hari ini kita bercita-cita hendak buat itu, tetapi mungkin esok lain pula jadinya.

Setiap manusia juga lahir dari latar belakang berbeza. Ada datangnya dari keluarga kaya raya, ada juga dikalangan biasa. KUALITI ada pada diri kita. Kita sendiri yang harus menterjemahkannya. Tidak ada orang yang akan memajukan diri kita, selain dari kita sendiri.

Setiap manusia juga di beri pilihan, samada memilih kebaikan atau memilih keburukan. Kita juga dianugerahkan akal, yang membezakan kita dengan haiwan. Perubahan yang ingin kita lakukan, merupakan 'titik point' yang akan mengubah seluruh kehidupan kita. Kita tidak akan berubah andainya sentiasa berada di zone selesa atau kita tak ingin berubah.

Apa malunya berniaga di TEPI LONGKANG? Kita sebagai manusia seharusnya mengukur baju di badan sendiri. Andai kita mampu, binalah restoran canggih di KLCC atau mana-mana tempat hebat tetapi andainya kita tak mampu, pilihlah di mana-mana yang ALLAH tentukan rezeki kita. Tidak perlulah kita mendabik dada dengan kejayaan yang kita capai hari ini; esok kita tak tahu di mana kita berada.

Percayalah, kalau benih yang baik itu - dicampak ke ke laut menjadi pulau, di campak ke darat menjadi...?

Jika kita inginkan kejayaan, kejayaan itu menanti kita. Tetapi kalau berserah kepada nasib, nasib tidak akan berubah tanpa usaha.

No comments: