KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Friday, January 30, 2009

ALAHAI, HARGA BARANG

Masa mula-mula berniaga dulu, harga cili merah boleh di beli dengan harga RM 5 sekilo di pasar. Tapi dua bulan kebelakangan ni harga mencanak naik sehingga RM12-RM14 sekilo. Mula-mula ingat harga tu hanya sementara, sebab musim tengkujuh bulan December, tapi sampai Januari kekal macam tu. Di Pasaraya Besar yang terkenal tu, hari ini 30 Januari, harga di situ masih RM12.90 sekilo. Di kedai berhampiran RM 11. Terfikir sampai bila harga nak macam ni. Kalau berniaga nasi ayam dengan harga semacam ni, memang pening kepala. Jumlah jualan memang bagus, tetapi banyak yang kena dikeluarkan untuk beli barang.

Sejak ada orang hantar ayam ke kedai, saya agak malas nak ke pasar. Saya banyak berbelanja di pasaraya besar sekitar Pandan Indah. Dan kadang-kadang di kedai borong yang ada di sekitar. Saya telah membuat kesilapan yang besar lebih dua bulan. Rupa-rupanya harga pasar borong jauh lebih murah dari harga yang tempat saya sebutkan tadi. Bayangkan banyak mana kerugian saya selama dua bulan ni dengan membeli barangan di tempat itu.

Cuma nak kongsi perbandingan harga barang :

PASAR BORONG

CILI MERAH 5.50 KG
TIMUN 1.00 KG
LIMAU KASTURI 5.00 KG
TOMATO 2.40 KG
SERAI 9.00 1 BEG


KEDAI/PASARAYA

CILI MERAH 11.00 KG /12.99 KG
TIMUN 3.30 KG
LIMAU KASTURI 7.70 KG
TOMATO 5.60 KG
SERAI 25.00 1 BEG


Rupanya-rupanya, kedai lebih separuh dari harga sebenar. Kesimpulannya, kalau kita nak berniaga makanan, kena sediakan modal dan pergilah ke pasar borong.

Hanya untuk ingatan diri sendiri.

Thursday, January 22, 2009

CITARASA PELANGGAN

Sebagai seorang yang pernah terlibat dengan dunia masakan satu masa dulu,saya cuba memahami selera dan citarasa pelanggan. Banyak orang banyak pula ragamnya. Selera dan citarasa kita ni tak sama. Ada yang 'taste' tinggi, ada pula yang 'ok-ok' dan ada pula yang tak kisah. Memahami karenah dan citarasa pelanggan bukannya mudah. Saya pernah mendapat nasihat dari Tauke Restoran berjaya dari Melaka,

Katanya " Dee, kalau kita yakin dengan produk kita, teruskan. Kalau kita nak dengar 10 pendapat dari 10 pelanggan, jawabnya tak berniagalah kita. Mana satu nak ikut? Sebab semua citarasa pelanggan tak sama. Kalau selera pelanggan kena dengan masakan kita, insyaalah, kita akan berjaya. Lagi pun pelanggan ada pilihan. Kita tak boleh paksa mereka datang..!

Terbukti kini, beliau berjaya dengan kata hatinya. Sekarang dia memiliki sebuah restoran yang mempunyai lebih 30 pekerja dan jualan harian boleh mencecah 7-10 ribu 1hari berniaga.


(gambar yang diambil oleh salah seorang pengunjung, terima kasih encik me - www.yginsaf.com )

GERAI TEPI LONGKANG



Setiap manusia di lahirkan dengan rezeki dan nasib masing-masing. Kita tidak tahu ke mana haluan hidup kita: pada hari ini kita berada di sini, pada hari esok kita berada di situ. Itulah lumrah alam. Perjalanan kita telah di atur. Hari ini kita bercita-cita hendak buat itu, tetapi mungkin esok lain pula jadinya.

Setiap manusia juga lahir dari latar belakang berbeza. Ada datangnya dari keluarga kaya raya, ada juga dikalangan biasa. KUALITI ada pada diri kita. Kita sendiri yang harus menterjemahkannya. Tidak ada orang yang akan memajukan diri kita, selain dari kita sendiri.

Setiap manusia juga di beri pilihan, samada memilih kebaikan atau memilih keburukan. Kita juga dianugerahkan akal, yang membezakan kita dengan haiwan. Perubahan yang ingin kita lakukan, merupakan 'titik point' yang akan mengubah seluruh kehidupan kita. Kita tidak akan berubah andainya sentiasa berada di zone selesa atau kita tak ingin berubah.

Apa malunya berniaga di TEPI LONGKANG? Kita sebagai manusia seharusnya mengukur baju di badan sendiri. Andai kita mampu, binalah restoran canggih di KLCC atau mana-mana tempat hebat tetapi andainya kita tak mampu, pilihlah di mana-mana yang ALLAH tentukan rezeki kita. Tidak perlulah kita mendabik dada dengan kejayaan yang kita capai hari ini; esok kita tak tahu di mana kita berada.

Percayalah, kalau benih yang baik itu - dicampak ke ke laut menjadi pulau, di campak ke darat menjadi...?

Jika kita inginkan kejayaan, kejayaan itu menanti kita. Tetapi kalau berserah kepada nasib, nasib tidak akan berubah tanpa usaha.

Saturday, January 17, 2009

GAMBAR GERAI




Monday, January 12, 2009

KELAS NASI AYAM

Salam,

Kelas Nasi Ayam akan di adakan setiap hari kecuali hari Jumaat. Setiap peserta harus mengikuti dua sessi iaitu 1 sessi melihat penyediaan nasi ayam untuk perniagaan. Peluang begini amat jarang berlaku. Sesiapa yang berminat dibenarkan melihat saya membuat persediaan untuk berniaga nasi ayam. Satu sessi lagi, setiap peserta menyediakan sendiri nasi ayam di bawah pengawasan saya.

PERKEMBANGAN NIAGA

Perniagaan Nasi Ayam My Kitchen Studio sudah masuk bulan ke tiga. Nanti saya akan upload gambar gerai. Alhamdullilah, Allah kurniakan rezeki. Sejak bulan Januari ni, saya menyediakan 10 ekor ayam untuk di jual di gerai. Kadang-kadang pukul 7 petang baru habis dan kadang-kadang pukul 3 petang dah habis. Kalau habis awal, awallah tutup gerai. Sebab tu kadang-kadang pelanggan tanya, tak berniaga ke semalam tetapi sebenarnya dah habis awal. Saya target, hujung bulan Januari boleh laku 15 ekor. Insyaalah.

Pada masa yang sama adik saya buka satu ' stall ' Nasi Ayam My Kitchen Studio kat Taman Hussien Onn, Cheras. Dekat dengan pam minyak Petronas. Baru seminggu. Buat masa ni, buat 3 ekor je dulu. Alhamdulillah, habis juga. Saya target hujung bulan ni boleh cecah 5 ekor.

Pada masa yang sama, saya berjaya memperolehi satu gerai di Menara Maybank kat Puduraya. Dalam proses menyediakan lesen dan berunding dengan Pihak Maybank. Insyaallah kalau ada rezeki saya akan buka cawangan kedua di situ. Semua ini berlaku hanya dalam masa 3 bulan.

Kalau kita rajin berusaha, insyaalah Perniagaan Nasi Ayam ini boleh di jadikan sumber rezeki. Wang ringgit boleh di cari tetapi ilmu...fikirlah sendiri.