KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Sunday, January 13, 2008

SEJARAH NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO 2



( sambungan sejarah 1 )

Saya berniaga di tempat tersebut selama 6 bulan, ini bermakna saya berjaya melepasi tempoh biasa dalam satu-satu pekerjaan ; bak kata orang, dah confirmlah. Tapi ada sedikit masalah dengan tempat tu. Maklumlah, food court kecil, peti ais kongsi, maka keselesaan bekerja menjadi semakin hari semakin membosankan. Tambahan pula dalam tempoh itu 3 kali pengurusan bertukar. Entahlah, nak cakap lebih-lebih pun, itu dah jadi sejarah.

Saya mengambil keputusan untuk berhenti berniaga di tempat tersebut walaupun, pelanggan sudah mula mengenali saya. Ketika saya menyuarakan hasrat saya kepada peniaga lain, ramai yang kecewa kerana mereka mungkin tidak akan merasa nasi ayam sebegini lagi. Dan saya bakal kehilangan pelanggan tetap saya. Buat makluman, walaupun perniagaan bermula 5 petang, saya mampu menjual nasi ayam 5-6 ekor sehari.

Walaupun, tidak terlalu banyak tetapi cukup untuk membayar sewa dan menampung kehidupan di KL.

Saya mengambil keputusan untuk mencuba resepi ini di JENGKA 15, tempat saya dibesarkan. Peristiwa ini berlaku pada penghujung tahun 1998. Saya menyewa sebuah kedai di sana dengan kadar bayaran RM 200 sebulan. Buat makluman, Jengka 15 merupakan sebuah perkampungan FELDA yang rata-ratanya, penduduk di sana TIDAK makan di luar. Ini kerana setiap keluarga akan makan makanan yang disediakan oleh isteri atau ibu masing-masing.

Tambahan pula, saya akan berniaga nasi ayam bermula 11 pagi. Tapi dalam kampung kita kena buka kedai awal. Kalau tidak nanti, orang ingat kedai kita tutup pulak. Untuk sarapan pagi saya ambil kuih muih yang dihantar oleh penduduk setempat. Sambil menyediakan nasi ayam, saya jual minuman.

Hari pertama berniaga, saya sediakan hanya dua ekor ayam. Tak laku pun. Dua ekor ayam tu, di makan oleh ahli keluarga je. He he...Itulah nasib orang berniaga. Bukan laku terus. Dipendekkan cerita, minggu pertama tu, hanya beberapa ringgit je dapat. Maklumlah, saya meninggalkan JENGKA 15 selama 18 tahun. Kalau saya balik ke sana pun hanya untuk menziarah keluarga sebulan sekali. Jadi orang-orang di situ ramai yang tak mengenali saya. Untungnya saya, ayah saya adalah penduduk setempat.

Beliaulah, yang banyak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk terus bertahan di situ. Itulah pentingnya restu orang tua apabila kita melakukan apa jua pekerjaan. Dan ayah saya jugalah yang menjadi pendorong kepada saya untuk menjadi seorang tukang masak. Baginya, jika kita mempunyai kebolehan memasak, walau susah macam mana pun kita akan bertahan. Ini kerana peluang pekerjaan di dalam bidang ini akan terbuka sampai bila-bila. Dan pada hari ini 2 adik perempuan saya cuba mengikut langkah saya dalam bidang masakan tetapi mereka lebih cenderung kepada pembuatan kek dan pastri.

Berbalik kepada perniagaan Nasi Ayam di Jengka 15, pada minggu kedua sudah menunjukkan tanda-tanda perubahan. Pelanggan -pelanggan saya terdiri daripada kanak-kanak. Semakin-hari semakin bertambah. Dan kanak-kanak ini membawa kawan-kawan masing-masing untuk makan nasi ayam saya. Kadang-kadang saya tersenyum sendiri memikirkan tentang perkembangan perniagaan saya. Dan ada yang sanggup menyimpan duit belanja sekolah, dan apabila sudah cukup, datang ke kedai saya dan menikmati hidangan ini. Cerita-cerita sebegini membuatkan saya begitu terharu, kerana saya dapati resepi yang saya buat ini menepati citarasa semua golongan.

Satu cerita lain, di Bandar Jengka terdapat sebuah kilang yang agak besar. Pada setiap hari Jumaat, setiap pekerja lelaki dibenarkan keluar untuk bersembahyang Jumaat. Mereka dipecahkan kepada beberapa buah bas. Masjid-masjid di sekitar Jengka digunakan untuk tujuan ini. Setiap hari Jumaat juga, sebuah bas dari kilang ini akan masuk ke Jengka 15 yang jaraknya dari Bandar Jengka lebih kurang 10km.

Biasanya, sebelum bersembahyang mereka akan mengunjungi kedai-kedai makan lain yang terdapat di sini. Pada awalnya, 2-3 orang masuk ke kedai saya untuk melihat apa yang ada. Mereka 2-3 orang inilah yang mula menjadi pelanggan saya pada setiap Jumaat. Mungkin tuhan hendak menolong saya, apabila masuk saja bulan ke 3 saya berniaga di situ, saya terpaksa meminta tolong seluruh ahli keluarga saya untuk membantu, kerana hampir ke semua pekerja kilang itu akan datang makan nasi ayam di tempat saya. Bayangkan hendak melayan pelanggan sebuah bas pada satu-satu masa dan mereka ini nak mengejar waktu sembahyang Jumaat, jadi kelam kabutlah seketika. Mereka-mereka ini menjadi pelanggan setia saya setiap Jumaat.

Apa yang saya ingin jelaskan, resepi ini mampu memberi pulangan kepada usahawan yang ingin menceburi perniagaan ini. Dengan bukti yang saya perolehi, percubaan yang saya lakukan, memberikan pulangan kepada saya. Tidak malu saya katakan, pada tahun 1999 saya mendirikan rumahtangga dengan hasil usaha saya menjual nasi ayam. Sememangnya ini adalah resepi kesayangan saya. Dan kini ahli keluarga saya bertambah. Resepi ini tetap berada di tangan saya.

TAHUN 2008, sejarah hidup saya semakin berubah. Usia saya semakin meningkat. Pandangan saya terhadap kehidupan ini berubah. Tambahan pula, pada tahun 2000 saya kembali semula ke Kuala Lumpur, meninggalkan JENGKA 15. Ada sebab yang tak boleh saya jelaskan di sini, mengapa saya meninggalkan satu perniagaan yang semakin maju di sana. Lebih setahun di situ, saya meninggalkan resepi itu kepada keluarga saya. Kedai tersebut diuruskan oleh ayah, ibu dan adik perempuan saya. Alhamdullilah, perniagaan itu tetap berjalan seperti biasa walaupun saya tidak berada di sana.

PERNIAGAAN MAKANAN MEMERLUKAN TENAGA, USAHA DAN TAHAP KESABARAN YANG TINGGI.

Ibubapa saya sudah agak berumur. Melayan pelanggan yang agak ramai, bukan satu pekerjaan mudah, tambahan pula tenaga yang ada tidak mencukupi. Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk menutup perniagaan itu yang menyebabkan ramai pelanggan kecewa.

(BACA; SIAPA SAYA) Untuk mengetahui apa yang saya lakukan pada tahun 2000.

Sejak pada itu, resepi tersebut tersimpan selama 8 TAHUN.
Dari cerita saya ini,saya ingin berkongsi RESEPI tersebut dengan usahawan dan bakal-bakal usahawan nasi ayam. Marilah bersama saya, kita kembangkan perniagaan ini. Saya amat yakin, ianya mampu memberi pulangan kepada sesiapa saja yang berminat menceburi perniagaan ini.

Tambah-tambah lagi jika anda mendapat tempat yang strategik untuk memulakan perniagaan ini. Saya telah mengenal pasti lokasi yang akan memberikan pulangan lumayan seperti :

1. Kantin-kantin kerajaan
2. Kantin Kilang
3. Kantin kolej
4. Kantin Hospital
5. Gerai-gerai di kawasan perumahan
6. Restoran berhampiran pusat perniagaan
7. Dan lain-lain

Saya gariskan lokasi ini mengikut nombor kerana NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO mudah menjadi sebutan. Ianya akan meniti dari mulut ke mulut dalam masa yang sangat cepat. Bayangkan jikalau perniagaan berada di satu kawasan yang mana pelanggan di situ ada hubungan antara satu sama lain. BAYANGKAN....!

Saya ingin berkongsi resepi ini. JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN...!

Insyaallah, kalau tuhan izinkan, dan menjadi rezeki saya, nasi ayam MY KITCHEN STUDIO akan di 'BRANDING'kan selewat-lewatnya pada tahun 2011, jikalau ada umur panjang.

Ketika itu, mereka yang mengambil resepi ini akan turut bersama saya untuk menjalankan perniagaan ini. Ini impian saya..! Bila mana proses penjenamaan ini berlaku, mereka yang melihat LOGO MY KITCHEN STUDIO tidak akan ragu-ragu untuk makan nasi ayam ini.

Memetik kata-kata Datuk Maznah Hamid (PENGERUSI SECURIFORCE) "DO YOUR BEST,LETS GOD DO THE REST."

3 comments:

en_me said...

cerita yg menarik gitteww..

MY KITCHEN STUDIO said...

tq. Rusdhi

kakjajusmate5 said...

hmmm....nmpaknya lokasi yg sy pilih utk mniaga nasi ayam di cafeteria kompleks kerajaan mmg bertepatan la ye..sblm ni 1 hr, kmi meniaga nsi ayam dlm 15ekor..dr kul 8.30am-2.30pm..tp skang dh tnggal 10ekor..bkn krn apa, pelanggan kmi kebnyakannya berpindah ke tmpt br...