KELAS NASI AYAM

YURAN RM 250. YANG BERMINAT SILA SMS 012 3995173/012 6171639

Tuesday, January 29, 2008

SEKADAR RENUNGAN

Berapa usia anda sekarang? Cuba bertanya diri sendiri, apakah yang telah dicapai sepanjang hidup ini? Dan bertanya semula, apakah yang telah dijalani pada 5 tahun lepas? Apakah pada ketika ini, masih melakukan pekerjaan yang sama pada 5 tahun lepas? Adakah jawatan yang di pegang masih sama? Atau adakah perniagaan masih berada ditahap lama? Dan berilah rumusan sendiri, adakah berpuas hati? Tentu ada jawapannya.

Jika ada peningkatan, alhamdullillah tetapi jika masih berada di tahap yang sama, apa silapnya?

Ketika saya menulis ini, sebenarnya saya sedang 'print' sesuatu dalam jumlah yang agak banyak. Sambil menunggu proses ini selesai, saya melihat deretan gerai makan yang berada di hadapan rumah. Saya tinggal di rumah ini lebih daripada 7 tahun. Anak-anak saya membesar di rumah ini. 7 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Jikalau kita mengukur pencapaian atau kejayaan, ianya pasti telah memberikan jawapan.

Peniaganya masih sama. Adalah satu dua yang bertukar, lalu menyerahkan gerai itu kepada orang lain untuk kendalikan. Terdapat 16 buah gerai di situ. Ada peniaga yang mempunyai satu pintu, peniaga lain pula 2 pintu dan ada yang 3 pintu. Dari kesemua jumlah ini, 6 peniaga menjalankan menjalankan masakan panas ala tomyam,satu peniaga'western food', 2 peniaga nasi ayam, satu peniaga nasi campur dan satu peniaga menjual goreng pisang.

Dalam tempoh 7 tahun, setiap malam, kawasan ini dipenuhi dengan pelanggan yang datang dari kawasan sekitar. Pada awal bulan, jumlah pelanggan semakin meningkat. Bagi perniagaan masakan panas, mereka kebanyakannya dapat 'maintain'jumlah pelanggan, manakala bagi perniagaan ' western food',pada hari-hari biasa agak kurang tetapi bagai kena 'jackspot'pada awal bulan.

Bagi saya yang tinggal di sini, amat jarang singgah di gerai-gerai ini, kalau saya dan keluarga ingin makan di luar, di lokasi lain kami singgah. Bukan dah jemu, tetapi tidak berapa kena dengan selera saya. Makanan yang di jual tidak mencapai selera saya. Dan kalau saya terpaksa membeli pun, kerana saya tidak mempunyai pilihan lain.

BERLAGAK..!

Mungkin itu yang terfikir di benak, menuduh saya begitu. Mungkin ada benarnya, tetapi bagi saya, apa yang saya kata ini ada kebenarannya. Sungguh pun begitu, bagi saya peniaga-peniaga ini lebih hebat pendapatannya dari saya. Mereka inilah'bakal-bakal jutawan senyap'.

Kenapa saya berkata begini, sejak 7 tahun lepas, hampir tidak ada perubahan terhadap susun atur gerai, kerusi meja sama malah boleh dikatakan tiada usaha untuk mencantikkan gerai masing-masing, walaupun telah 7 tahun berada di situ. Inilah yang saya cuba kaitkan dengan persoalan saya, di awal penulisan tadi. Apakah yang kita lakukan pada hari ini masih sama dengan apa yang kita lakukan 5 tahun lepas, atau adakah kita telah melakukan peningkatan?

Atau adakah ini kelemahan orang-orang kita yang bakal menjadi jutawan senyap ini, takut untuk melaburkan sebahagian rezeki yang diperolehi untuk mencantikkan, atau menambah mutu masakan, atau adakah mereka ini hanya.......setakat itu sahaja? Saya bukan hendak menyalahkan mereka, tetapi sekadar renungan, untuk saya sendiri..!

Tepuk dada, tanyalah selera..!

Monday, January 28, 2008

KELAS 'WESTERN FOOD'








(gambar sekadar hiasan)



JADUAL KELAS FEBRUARI 2008

1. CHICKEN SIZZLING
2. CHICKEN CHOP
3. FISH N CHIP (BREADED)
4. FISH N CHIP (BATTER)
5. RIB EYE STEAK
6. LAMB CUTLET
7. COLESLAW
8. POTATO SALAD
9. CORN ON COB
10. FRENCH FRIES@POTATO WEDGES
11. BROWN SAUCE/DEMI GLACE - kegunaan untuk chicken chop dan steak
12. TARTAR SAUCE - kegunaan untuk ikan dan seafood
13. BLACKPEPPER SAUCE
14. MUSHROOM SAUCE
15. ROSEMARY SAUCE
16. BASIC BBQ SAUCE
17. ROUX

TARIKH : SETIAP SABTU
YURAN : RM 100
MASA : 11 PAGI - 4 PETANG

INSPIRASI KOKO MUSIM 2







Gambar-gambar ' behind the scene ' ASPIRASI KOKO MUSIM 2.
SIARAN : SETIAP AHAD
STESEN : RTM 2
MASA : 11 PAGI
PENGACARA : SERINA REDZUAWAN
CHEF : CHEF KAMARUL
DIRECTOR : KAMA AZMAN
TERBITAN : NAFALIA CORPORATION SDN BHD

SAYA ? ADALAH KAT BELAKANG-BELAKANG JER

Wednesday, January 16, 2008

CATERING SERVICE





ADALAH DIMAKLUMKAN, MULAI SEKARANG PIHAK KAMI MENYEDIAKAN KHIDMAT PENGHANTARAN NASI AYAM ( TAKE AWAY )UNTUK KAWASAN PANDAN INDAH, PANDAN JAYA, AMPANG, CHERAS, BANDAR TUN RAZAK, SHAMELIN, PANDAN MEWAH, PANDAN PERDANA DAN DARI JARAK 10 KM DARI PUSAT OPERASI.

HARGA : RM 4.00 SEBUNGKUS
MINIMUM ORDER : 10 PAX

RASAI KEISTIMEWAAN NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO

CALL : RUSDHI 012 3995173

TEMPAHAN AWAL AMAT DIALU-ALUKAN.

Monday, January 14, 2008

PESANAN

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada yang menghantar email dan menelefon saya untuk bertanyakan resepi ini. Sememangnya saya ingin berkongsi resepi ini dengan semua orang tak kiralah siapa pun orang itu samada :

1. PENIAGA GERAI/ RESTORAN
2. PENGUSAHA CATERING
3. CHEF PERHOTELAN
4. SURIRUMAH
5. SESIAPA SAHAJA

Gunalah resepi ini dengan sebaik-baiknya. Untuk kesenangan anda juga. Perturunkanlah kepada anak-anak, saudara mara, orang bawahan atau sesiapa saja. Berniagalah NASI AYAM..!

TETAPI

Saya tidak berminat untuk berkongsi resepi tersebut dengan individu yang mendapatkan resepi NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO lalu menjualnya semula RESEPI INI kepada orang lain.

RAHSIA RESEPI INI MESTILAH TERPELIHARA DI KALANGAN AHLI KELUARGA MY KITCHEN STUDIO.

Sunday, January 13, 2008

SEJARAH NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO 2



( sambungan sejarah 1 )

Saya berniaga di tempat tersebut selama 6 bulan, ini bermakna saya berjaya melepasi tempoh biasa dalam satu-satu pekerjaan ; bak kata orang, dah confirmlah. Tapi ada sedikit masalah dengan tempat tu. Maklumlah, food court kecil, peti ais kongsi, maka keselesaan bekerja menjadi semakin hari semakin membosankan. Tambahan pula dalam tempoh itu 3 kali pengurusan bertukar. Entahlah, nak cakap lebih-lebih pun, itu dah jadi sejarah.

Saya mengambil keputusan untuk berhenti berniaga di tempat tersebut walaupun, pelanggan sudah mula mengenali saya. Ketika saya menyuarakan hasrat saya kepada peniaga lain, ramai yang kecewa kerana mereka mungkin tidak akan merasa nasi ayam sebegini lagi. Dan saya bakal kehilangan pelanggan tetap saya. Buat makluman, walaupun perniagaan bermula 5 petang, saya mampu menjual nasi ayam 5-6 ekor sehari.

Walaupun, tidak terlalu banyak tetapi cukup untuk membayar sewa dan menampung kehidupan di KL.

Saya mengambil keputusan untuk mencuba resepi ini di JENGKA 15, tempat saya dibesarkan. Peristiwa ini berlaku pada penghujung tahun 1998. Saya menyewa sebuah kedai di sana dengan kadar bayaran RM 200 sebulan. Buat makluman, Jengka 15 merupakan sebuah perkampungan FELDA yang rata-ratanya, penduduk di sana TIDAK makan di luar. Ini kerana setiap keluarga akan makan makanan yang disediakan oleh isteri atau ibu masing-masing.

Tambahan pula, saya akan berniaga nasi ayam bermula 11 pagi. Tapi dalam kampung kita kena buka kedai awal. Kalau tidak nanti, orang ingat kedai kita tutup pulak. Untuk sarapan pagi saya ambil kuih muih yang dihantar oleh penduduk setempat. Sambil menyediakan nasi ayam, saya jual minuman.

Hari pertama berniaga, saya sediakan hanya dua ekor ayam. Tak laku pun. Dua ekor ayam tu, di makan oleh ahli keluarga je. He he...Itulah nasib orang berniaga. Bukan laku terus. Dipendekkan cerita, minggu pertama tu, hanya beberapa ringgit je dapat. Maklumlah, saya meninggalkan JENGKA 15 selama 18 tahun. Kalau saya balik ke sana pun hanya untuk menziarah keluarga sebulan sekali. Jadi orang-orang di situ ramai yang tak mengenali saya. Untungnya saya, ayah saya adalah penduduk setempat.

Beliaulah, yang banyak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk terus bertahan di situ. Itulah pentingnya restu orang tua apabila kita melakukan apa jua pekerjaan. Dan ayah saya jugalah yang menjadi pendorong kepada saya untuk menjadi seorang tukang masak. Baginya, jika kita mempunyai kebolehan memasak, walau susah macam mana pun kita akan bertahan. Ini kerana peluang pekerjaan di dalam bidang ini akan terbuka sampai bila-bila. Dan pada hari ini 2 adik perempuan saya cuba mengikut langkah saya dalam bidang masakan tetapi mereka lebih cenderung kepada pembuatan kek dan pastri.

Berbalik kepada perniagaan Nasi Ayam di Jengka 15, pada minggu kedua sudah menunjukkan tanda-tanda perubahan. Pelanggan -pelanggan saya terdiri daripada kanak-kanak. Semakin-hari semakin bertambah. Dan kanak-kanak ini membawa kawan-kawan masing-masing untuk makan nasi ayam saya. Kadang-kadang saya tersenyum sendiri memikirkan tentang perkembangan perniagaan saya. Dan ada yang sanggup menyimpan duit belanja sekolah, dan apabila sudah cukup, datang ke kedai saya dan menikmati hidangan ini. Cerita-cerita sebegini membuatkan saya begitu terharu, kerana saya dapati resepi yang saya buat ini menepati citarasa semua golongan.

Satu cerita lain, di Bandar Jengka terdapat sebuah kilang yang agak besar. Pada setiap hari Jumaat, setiap pekerja lelaki dibenarkan keluar untuk bersembahyang Jumaat. Mereka dipecahkan kepada beberapa buah bas. Masjid-masjid di sekitar Jengka digunakan untuk tujuan ini. Setiap hari Jumaat juga, sebuah bas dari kilang ini akan masuk ke Jengka 15 yang jaraknya dari Bandar Jengka lebih kurang 10km.

Biasanya, sebelum bersembahyang mereka akan mengunjungi kedai-kedai makan lain yang terdapat di sini. Pada awalnya, 2-3 orang masuk ke kedai saya untuk melihat apa yang ada. Mereka 2-3 orang inilah yang mula menjadi pelanggan saya pada setiap Jumaat. Mungkin tuhan hendak menolong saya, apabila masuk saja bulan ke 3 saya berniaga di situ, saya terpaksa meminta tolong seluruh ahli keluarga saya untuk membantu, kerana hampir ke semua pekerja kilang itu akan datang makan nasi ayam di tempat saya. Bayangkan hendak melayan pelanggan sebuah bas pada satu-satu masa dan mereka ini nak mengejar waktu sembahyang Jumaat, jadi kelam kabutlah seketika. Mereka-mereka ini menjadi pelanggan setia saya setiap Jumaat.

Apa yang saya ingin jelaskan, resepi ini mampu memberi pulangan kepada usahawan yang ingin menceburi perniagaan ini. Dengan bukti yang saya perolehi, percubaan yang saya lakukan, memberikan pulangan kepada saya. Tidak malu saya katakan, pada tahun 1999 saya mendirikan rumahtangga dengan hasil usaha saya menjual nasi ayam. Sememangnya ini adalah resepi kesayangan saya. Dan kini ahli keluarga saya bertambah. Resepi ini tetap berada di tangan saya.

TAHUN 2008, sejarah hidup saya semakin berubah. Usia saya semakin meningkat. Pandangan saya terhadap kehidupan ini berubah. Tambahan pula, pada tahun 2000 saya kembali semula ke Kuala Lumpur, meninggalkan JENGKA 15. Ada sebab yang tak boleh saya jelaskan di sini, mengapa saya meninggalkan satu perniagaan yang semakin maju di sana. Lebih setahun di situ, saya meninggalkan resepi itu kepada keluarga saya. Kedai tersebut diuruskan oleh ayah, ibu dan adik perempuan saya. Alhamdullilah, perniagaan itu tetap berjalan seperti biasa walaupun saya tidak berada di sana.

PERNIAGAAN MAKANAN MEMERLUKAN TENAGA, USAHA DAN TAHAP KESABARAN YANG TINGGI.

Ibubapa saya sudah agak berumur. Melayan pelanggan yang agak ramai, bukan satu pekerjaan mudah, tambahan pula tenaga yang ada tidak mencukupi. Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk menutup perniagaan itu yang menyebabkan ramai pelanggan kecewa.

(BACA; SIAPA SAYA) Untuk mengetahui apa yang saya lakukan pada tahun 2000.

Sejak pada itu, resepi tersebut tersimpan selama 8 TAHUN.
Dari cerita saya ini,saya ingin berkongsi RESEPI tersebut dengan usahawan dan bakal-bakal usahawan nasi ayam. Marilah bersama saya, kita kembangkan perniagaan ini. Saya amat yakin, ianya mampu memberi pulangan kepada sesiapa saja yang berminat menceburi perniagaan ini.

Tambah-tambah lagi jika anda mendapat tempat yang strategik untuk memulakan perniagaan ini. Saya telah mengenal pasti lokasi yang akan memberikan pulangan lumayan seperti :

1. Kantin-kantin kerajaan
2. Kantin Kilang
3. Kantin kolej
4. Kantin Hospital
5. Gerai-gerai di kawasan perumahan
6. Restoran berhampiran pusat perniagaan
7. Dan lain-lain

Saya gariskan lokasi ini mengikut nombor kerana NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO mudah menjadi sebutan. Ianya akan meniti dari mulut ke mulut dalam masa yang sangat cepat. Bayangkan jikalau perniagaan berada di satu kawasan yang mana pelanggan di situ ada hubungan antara satu sama lain. BAYANGKAN....!

Saya ingin berkongsi resepi ini. JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN...!

Insyaallah, kalau tuhan izinkan, dan menjadi rezeki saya, nasi ayam MY KITCHEN STUDIO akan di 'BRANDING'kan selewat-lewatnya pada tahun 2011, jikalau ada umur panjang.

Ketika itu, mereka yang mengambil resepi ini akan turut bersama saya untuk menjalankan perniagaan ini. Ini impian saya..! Bila mana proses penjenamaan ini berlaku, mereka yang melihat LOGO MY KITCHEN STUDIO tidak akan ragu-ragu untuk makan nasi ayam ini.

Memetik kata-kata Datuk Maznah Hamid (PENGERUSI SECURIFORCE) "DO YOUR BEST,LETS GOD DO THE REST."

SEJARAH NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO 1



Sepanjang saya terlibat dalam bidang penyediaan makanan, saya berjumpa dengan berbagai resepi nasi ayam. Selain dari pengalaman sendiri, buku-buku yang dibaca, tak kiralah dalam versi melayu atau mandarin memberi saya peluang untuk mencuba resepi-resepi tersebut. Saya juga banyak mencuba makanan ini digerai/restoran yang terkenal. Dari deria rasa yang ALLAH kurniakan, saya mencari bahan-bahan rahsia yang tersembunyi disebalik setiap hidangan. Begitu juga dengan teknik masakan yang tidak terdapat di dalam buku-buku.

Akhirnya saya terjumpa satu resepi, yang saya rasa unik dan boleh diketengahkan. Saya menyediakan hidangan ini, dan meminta pendapat kawan-kawan. Ramai yang mengatakan sangat sedap pada masa itu. Segala pujian yang diberi tidak menghentikan usaha saya untuk mendapatkan resepi yang terbaik.

Jikalau sebelum ini, sessi 'food testing ' percuma, saya bercadang untuk mengetengahkan produk ini di pasaran pada tahun 1998. Lokasi pertama perniagaan saya di sebuah FOOD COURT di Taman Nirwana, Ampang. Hanya satu ruang kecil, khas untuk Nasi Ayam. Dengan sewa ketika itu RM 500 sebulan. Perniagaan pula bermula dari JAM 5 PETANG - 12 MALAM.

Pada pendapat saya, NASI AYAM kurang sesuai untuk hidangan makan malam. Tetapi ini tidaklah bermakna perniagaan ini tidak boleh dijalankan tetapi agak kurang. Kawasan perniagaan yang saya jalankan ini, merupakan lokasi perumahan yang tidak berapa strategik. Para pelanggannya pula hanyalah penduduk kawasan sekitar. Namun begitu, kejutan yang saya perolehi adalah,saya telah mendapat pelanggan tetap dari pelbagai kaum.

Dan pernah satu ketika, satu keluarga cina berulang-ulang datang makan nasi ayam setiap hari selama satu minggu. Seolah-olah mereka tidak puas dan sentiasa ingin menikmati hidangan ini. Dan selepas itu, mereka tetap datang seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Teringat pengalaman saya dengan satu pasangan kekasih. Mereka adalah pelanggan setia Food Court ini. Pada minggu-minggu pertama gerai dibuka, mereka langsung tidak menghiraukan nasi ayam saya. Maklumlah di situ juga terdapat makanan Thai, Western Food, Nasi lemak, Satay, Nasi Beriyani, Thandori. Roti Canai, Thandoori dan macam-macam lagilah. Lagi pun tak kenal maka tak cinta.

Nak dijadikan cerita, pada satu hari makanlah teman wanita pasangan ini. Sejak itu, setiap kali mereka datang ke sini, si teman wanita itu akan makan nasi ayam MY KITCHEN STUDIO.

Banyak lagi saya akan kongsikan sejarah ini, antaranya ketika berniaga di Jengka pahang. NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO pernah sampai ke sana. Nanti saya sambung dalam sejarah 2.

WARNA AYAM



(double clik pada gambar untuk mendapatkan paparan lebih jelas)


Bagaimana untuk mendapatkan ayam yang warnanya sebegini? Bayangkan jika kita menggantungnya di hadapan gerai kita/restoran, kemudian diterangkan pula dengan lampu. Nampak berkilat dan membuka selera.
DIJAMIN TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG PEWARNA..! Ada sesetengah peniaga terpaksa menggunakan pewarna untuk mendapatkan warna sebegini tetapi di MY KITCHEN STUDIO, ia terhasil dari teknik masakan.

Warnanya sahaja sudah memikat pelanggan. Apa rahsianya? Ayam ini perlu dimandikan terlebih dahulu. Kulitnya akan menjadi crispy dan berkilat? Rasanya, lembut dan 'berjuicy'. Satu lagi keistimewaan yang paling ketara, jika kita membakar ayam di dalam 'oven', kita memerlukan 45-60 minit untuk masak dengan menggunakan suhu 165 C, ( bergantung kepada saiz ) TETAPI di MY KITCHEN STUDIO kurang dari 15 minit. Menjimatkan masa anda. Apa rahsianya?


SELAMAT DATANG KE MY KITCHEN STUDIO.

SESSI MAKAN NASI AYAM







Gambar makan-makan nasi ayam selepas kelas...!
Semua yang datang meletakkan NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO dikelasnya yang tersendiri, GRED A.

Alhamdullilah...dengan komen-komen yang diterima.

ANDA BILA LAGI NAK RASA?

Selepas ini, bila yang dah datang belajar mula membuka gerai, restoran atau buat catering, makin ramai yang dapat rasa NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO. Sememangnya buat masa sekarang tidak terdapat dalam pasaran lagi.

NIKMATI NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO, RASANYA TERSENDIRI..!

Friday, January 11, 2008

RESEPI NASI AYAM 3



Di Kuala Lumpur terdapat beberapa jenama nasi ayam yang popular. Mungkin jika saya sebutkan antaranya, The Chicken Rice Shop, Nasi Ayam Mancukang, Nasi Ayam Bukit Bintang, Nasi Ayam Melawati, Nasi Ayam Linda Onn dan beberapa lagi. Apakah standard yang di tetapkan untuk menyatakan nasi ayam mana yang paling sedap? Apakah nasi ayam hainan, atau citarasa rekaan sendiri? Sama juga dalam bidang penerbitan televisyen, bidang pemakanan juga banyak unsur-unsur subjektif. Tidak ada jawapan a,b,c atau d dalam jawapan.

Kenapa semua jenama ini terkenal dan popular?

Terdapat beberapa faktor yang boleh menjawab persoalan ini. Antaranya - Kualiti, rasa, harga, masa dan publisiti.

Dari jawapan di atas, masa merupakan elemen yang paling penting. Ini bermakna, jikalau nasi ayam itu sedap macam mana sekali pun tetapi tidak ada daya tahan pengusahanya, ia akan berkubur sekerat jalan. Sebab itulah, di antara jenama yang saya sebutkan di atas, ada yang yang telah diusahakan berpuluh tahun. Tetapi ada juga yang baru diusahakan tetapi dengan pantas menjadi sebutan, ini dimainkan oleh faktor publisiti dan ada yang bercambah membuka begitu banyak cawangan, ini pula dimainkan dengan faktor' francais '.

KONSEP PENJENAMAAN BUKAN PERKARA MUDAH.BANYAK BELANJA,USAHA,TENAGA DAN KOMITMEN YANG TERPAKSA DIKORBANKAN.MY KITCHEN STUDIO sedang menuju ke arah itu.

Kesimpulan yang dapat dibuat SETIAP NASI AYAM INI MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN MASING-MASING.

Bagaimana dikatakan nasi ayam itu sedap?

Nasinya mestilah lembut dan mempunyai kombinasi rasa yang sempurna. Malahan, ianya boleh ' berdiri sendiri' tanpa sokongan makanan lain. Dalam bahasa yang lebih mudah, boleh makan saja. Tak payah lauk pun tak apa. Warna nasi juga di ambil kira? Adakah warna kuning yang diperolehi dari serbuk kunyit atau pewarna atau menggunakan warna asli dari bahan-bahan? Di jenama manakah adanya unsur-unsur sebegini?

Bagi ayam itu sendiri, mestilah lembut, juicy, crispy dan mempunyai rasa yang sampai ke isi. Bagi sesetengah nasi ayam, ayam yang digoreng atau dibakar atau di rebus kebanyakkan isinya keras dan tawar. Teknik yang digunakan adalah salah. ( ini pendapat saya )Sebab untuk mendapat rasa yang baik, teknik yang digunakan mestilah betul. Konsep penyediaan makanan itu perlu difahami. Bayangkan, jika jus yang terdapat di dalam ayam itu dikeluarkan tanpa disengajakan, apa yang terjadi kepada isi ayam tersebut? Yang tinggal hanyalah isi yang kekurangan jus..! Bagaimana mahu mengatasinya?

Cili nasi ayam pula, mestilah rasanya lembut. Tidak menikam lidah di mana-mana bahan. Bahan-bahan yang digunakan mestilah sempurna sukatan, baik dari rasa masin, manis, masam dan pedas. Dan pada masa yang sama perlu memenuhi selera pelanggan dari semua peringkat umur.

Kicap Nasi Ayam, fungsinya untuk menampung kekurangan di dalam kombinasi ke semua perencah hidangan. Peranannya pelengkap hidangan.

Bagi sesetengah individu, paste Halia dijadikan bahan sokongan dalam menu nasi ayam. Jika kena cara pembuatannya, pasti menambah selera.

Sup Nasi ayam juga mempunyai peranannya tersendiri. Ada sesetengan pengusaha yang mengabaikan fungsi ini. Mereka mengambil langkah mudah dengan menggunakan air paip yang banyak dan menggunakan serbuk pati ayam untuk menambah perisa. Ini semua kerana mahu mengurangkan kos dan mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Dan ada juga yang menggunakan rempah dalam penyediaan sup. Bagi saya, nasi ayam amat sesuai dengan sup kosong tanpa menggunakan rempah.

Sekali lagi saya katakan, pemakanan ini satu perkara yang subjektif. Walau apa pun, saya mempelawa individu yang ingin merasa NASI AYAM MY KITCHEN STUDIO, datang ke kelas saya. Bandingkan rasa dengan jenama lain yang terdapat di pasaran.


SELAMAT BELAJAR.

MY 1ST STUDENT


Saya mengiklankan perniagaan saya ini di dalam Utusan Malaysia dan Harian Metro. Selepas ini banyak lagi langkah-langkah promosi yang akan saya buat. Buat sementara, saya akan mengeluarkan belanja untuk pengiklanan, tak apa...asalkan kelas saya dapat berjalan.

Banyak call dan mesej yang saya terima. Ini membuktikan di luar sana terdapat begitu ramai yang berminat untuk mempelajari resepi nasi ayam. Ramai yang berjanji akan datang ke kelas saya pada masa-masa akan datang.

Maklumlah, awal tahun banyak belanja yang terpaksa dikeluarkan. Saya begitu memahami keadaan itu. Harga yang saya tawarkan RM 250. Sememangnya resepi yang baik, bukan itu harganya. Malah jauh lebih tinggi dari itu.

Sebagai contoh, saya pernah berhubung dengan penyelidik makanan dari jabatan kerajaan dan juga chef-chef ternama dalam bidang ini. Kerja saya dalam bidang penerbitan TV secara tidak langsung, membuatkan saya bergaul dengan ramai orang. Saya juga pernah membuat rancangan masakan untuk siaran televisyen. Apa yang cuba saya sampaikan ialah, dalam nada bergurau saya berminat dengan satu 'filing durian ' yang digunakan untuk pembuatan coklat. Berapa harga jika saya ingin resepi tersebut? Dengan nada gurauan juga mereka menjawab RM 2 JUTA. Walaupun bergurau, saya tahu itulah harga resepi yang baik.

Saya faham, ramai pengusaha lain yang menjadi pesaing dalam bidang ini. Lihatlah dalam akhbar, internet...berbagai-bagai kelas masakan yang terdapat dipasaran. Ada resepi nasi ayam yang dijual serendah RM 50 ringgit. Malah ada yang RM 100, RM150 dan seterusnya.

Berapakah nilai harga barang yang baik? Ambillah contoh sepasang selipar. Terdapat banyak perbezaan antara selipar yang berharga RM 10 dengan RM 100. Memang..! Kedua-dua selipar ini terletak di kaki dan boleh dipakai TETAPI keselesaan, ketahanan, mutu dan jaminan tentulah jauh berbeza. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang harga, kerana saya tahu anda faham apa yang saya maksudkan.

Berbalik kepada My First Student, namanya Che Ani yang berada di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau baru bersara dari jabatan kerajaan dan sedang mengusahakan sebuah motel dan restoran di sana. Beliau pernah menjalankan perniagaan Nasi Ayam di sekitar Selangor pada satu masa dahulu. Setiap hari lebih 40 ekor yang berjaya dijual. Bayangkan.... 1 ekor, lebih kurang 12 ' portion ' nasi ayam x RM 3 X 4o ekor, berapa jumlahnya? Dari jualan nasi ayam sahaja, beliau memperolehi pendapatan RM 1440. Ini adalah harga jualan bukan keuntungan.

Ketika menerima panggilan darinya, saya mengatakan kalau itulah jumlahnya, tidak perlu lagi belajar dari saya. Tetapi mungkin jodoh yang telah di tetapkan beliau menjadi pelajar pertama saya. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana mempercayai saya. ( SILA BACA SIAPA SAYA ).

Ketika pembelajaran sedang berlangsung, kami sempat berbual panjang tentang perniagaan dan nasi ayam. Selepas proses memasak selesai, kami makan bersama nasi ayam yang saya masak dan saya menunggu komennya.

Ketika ini, saya mengharapkan keikhlasan darinya. Berikan komen sejujur-jujurnya...beliau menyatakan, rasanya sangat berbeza dengan apa yang beliau jual dahulu. Jauh lebih sedap. Sempat juga dia menceritakan bahawa di kawasan tempat tinggalnya sekarang terdapat sebuah perniagaan nasi ayam yang telah pun mempunyai beberapa cawangan, pengusaha itu sudah mampu memakai kenderaan berjenama mewah dan rumah besar. Dan katanya lagi...nasi ayam yang sedang dimakannya mengatasi jauh nasi ayam tersebut.

Alhamdullillah, beliau sangat berpuas hati dengan pelajaran yang diperolehinya pada hari itu. Dan beliau akan menggunakan resepi yang saya berikan untuk memulakan perniagaan nasi ayamnya di Bukit Mertajam. Selamat Maju Jaya saya ucapkan.

Dan dalam masa terdekat, pengusaha nasi ayam di sana sudah ada saingan. Untuk berjaya terdapat banyak halangan. Saya yakin, Che Ani mampu mengatasi semua halangan itu kerana beliau mempunyai satu produk yang boleh diniagakan. Tentunya masa adalah penentu segalanya. Berilah masa selama 3 tahun, kepada diri sendiri untuk membuktikannya. Kalau umur panjang, kita jumpa lagi. Insyaalah.

Thursday, January 10, 2008

SIAPA SAYA ?



Bagaimana orang hendak mempercayai kita?

" Kita hendaklah jual diri kita kepada orang lain " Ini adalah petikan kata-kata dari Datuk Maznah Hamid, mentor saya. Perkenalan saya dengan beliau berlaku ketika saya mengarahkan sebuah rancangan televisyen ' Citarasa Tokoh' untuk siaran Astro. Dalam episod itu, kami fokuskan kejayaan dan jasa-jasa orang berjaya terhadap masyarakat. Sejak itu. kami menjadi rapat dan sehingga kini kami sentiasa berhubung.

SAYA INGIN MENJUAL DIRI SAYA KEPADA ANDA. ANDA HARUS MENGENALI SAYA SEBELUM ANDA MEMPERCAYAI SAYA.

Alhamdulillah, rasanya dengan galakan beliau saya Daftarkan perniagaan ini dengan nama MY KITCHEN STUDIO. Ketika ini, fungsi utama perniagaan ini adalah KELAS MASAKAN,KEK, PASTRIES, COOKIES DAN MAKANAN SEJUK BEKU. Nanti akan saya cerita tentang produk-produk yang MY KITCHEN STUDIO keluarkan.

Berbalik tentang siapa saya, dengan rendah hati saya paparkan sedikit resume tentang saya:

012 3995173
rusdhi15@tm.net.my
MOHD RUSDHI DARIKAH
Experience January – December 2004
FREELANCE
 Scriptwriter “TELEMOVIE - ANAK SARJAN MEJAR” RTM
 Scriptwriter “ REALITY TV - AUDITION 1” NTV 7
 Scriptwriter “DRAMA EPISOD - RAHSIA” RTM
 Story editor/Production Manager ”REALITY TV - OLAY TOTAL WHITE ASPIRASIKU” TV3

January – December 2005
FREELANCE
 Story editor “REALITY TV - MALAYSIA TOP HOST” TV3
 Scriptwriter “TELEMOVIE - TRAFFIC LIGHT” GBSB TV 3
 Scriptwriter “TELEMOVIE - LUAR BUKAN SYURGA “ GBSB TV 3.
 Scriptwriter ”TV PROGRAMME - JORAN RIA “ASTRO RIA
 Director “TV PROGRAMME - JORAN RIA “ ASTRO RIA
 Ass. Director “ TV PROGRAMME - ALA BUFFET “ RTM
 Scriptwriter “ TV PROGRAME - ALA BUFFET “ RTM
 Scriptwriter “SAMPAIKAN” CELCOM
 Ass. Director “ TELEMOVIE - DIA “ RTM

January – Dicember 2006
FREELANCE
 Director “ 3G PROGRAMME - TIRU MACAM SAYA” CELCOM
 Director “ 3G PROGRAMME - JEJAKA IDAMAN “ CELCOM
 Scriptwriter “ TALK SHOW – OGYSALIH 2 “ RTM
 Ass. Director “ TALK SHOW – OGYSALIH 2 “ RTM
 Ass. Director “ TV PROGRAMME – ILHAM KOMPOSER “ RTM
 Ass. Director “ TV PROGRAMME – PENTAS IDOLA “ RTM
 Director “ TV PROGRAMME – SINGGAH SEKEJAP “ RTM
 Scripwriter “ TV PROGRAMME – SINGGAH SEKEJAP “ RTM
 Ass. Director “ TV PROGRAMME – EWA-EWA RAYA “ RTM
 Ass. Director “ TV PROGRAMME – BILA BEDUK BERBUNYI “ RTM
 Director “ TV PROGRAMME – CITARASA TOKOH ” ASTRO

January – Present 2007
FREELANCE
 Assistant Produser “ TALK SHOW – OGYSALIH 3” RTM
 Ass. Director “ TV PROGRAMME – CITRA GEMILANG “ RTM
 Ass. Director “ TV PROGRAMME – DUET RAYA “ RTM
 Ass. Director “ TELEMOVIE – SUNGAI OGOS – RTM
 Ass. Director “ TELEMOVIE – BILA EMBUN MERINTIH – NTV 7
 Ass. Director “ TELEMOVIE – SUARA MERDEKA – RTM
 Floor Manager “ OGYSALIH MUSIM 3 & 4 - RTM
 Production Coordinator “ TV PROGRAMME – ASPIRASI KOKO “ RTM
 Penolong Pengarah “ TV PROGRAMME – KAWASAN SAYA “- RTM


Mungkin ada yang rasa hairan kenapa seseorang yang terlibat dalam bidang pemakanan selama bertahun-tahun tetapi terlibat secara serius dalam penerbitan televisyen? Bagaimana saya melakukannya?

JAWAPANNYA

Semua ini berlaku dengan langkah pertama. Kenapa saya berkata begini adalah, saya begitu yakin dengan apa saja yang saya lakukan. Kita boleh berjaya jika kita berusaha.

Namun begitu definasi kejayaan bagi seseorang individu dengan individu adalah berbeza. Dan tanda arasnya juga berbeza. Mungkin ada yang berpendapat, wang adalah pengukur segalanya. Ini terpulang kepada diri masing-masing.

Buat pengetahuan, saya terlibat secara langsung dalam bidang penerbitan mulai Januari 2004 - sehingga kini. Sebelum ini saya hanyalah mengutip pengalaman dari dari kerja-kerja yang saya lakukan.

1990 - ZT ENTERPRISE, Kuantan Pahang. ( Cafe dan Kantin Wisma Persekutuan ).
Jawatan terakhir - tukang masak.
1992 - Hotel Hyatt, Kuantan.
Jawatan terakhir 3rd Commis.
1994 - Hotel Concorde - Kuala Lumpur.
Jawatan terakhir - Demi Chef
1997 - Grand Briliance Sdn Bhd ( TV3 )
Jawatan Terakhir - Trainee Scriptwriter
1998 - Double Vision Sdn Bhd
Jawatan terakhir - Scriptwriter
1999 - Berniaga Nasi Ayam
2000 - Lanson Place Kuala Lumpur
Jawatan terakhir - Demi Chef
2004 - seperti di atas

Inilah saya..! Banyak persoalan tentang dua kerjaya yang dapat dilihat. Saya perkenalkan diri saya kepada anda. Salam perkenalan.

DO YOUR BEST, LETS GOD DO THE REST.

RESEPI NASI AYAM 2



Ketika ini saya terlibat di dalam penerbitan rancangan televisyen untuk RTM. Sepanjang bertugas sebagai ' freelance 'dengan kerja penerbitan ni, saya berpeluang ke hampir seluruh Malaysia. Saya pernah mengarahkan sebuah rancangan berbentuk 'travel'yang memaparkan tempat-tempat menarik, makanan2 popular, kebudayaan, sejarah, warisan dan berbagai lagi.
Saya juga berpeluang melihat semangat keusahawan orang-orang melayu yang begitu gigih berjuang dan bertatih dalam perniagaan. Jikalau ingin dikupas segala pengalaman ini, sememangnya banyak. Tetapi kali ini saya ingin menyentuh mengenai penglibatan bumiputra dalam perniagaan nasi ayam. Hampir puluhan gerai atau restoran yang menjual makanan popular ini yang saya jumpai. Dari puluhan ini, rasa setiap satu berbeza antara satu dengan yang lain. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri dan ada juga yang sebaliknya.

Ramai juga peniaga, yang terlibat dalam perniagaan ini, apabila melihat orang berjaya dalam perniagaan ini, mereka juga ingin berniaga. Malangnya ilmu di dada tidak mencukupi. Apabila mendapat resepi dari kawan-kawan atau buku masakan, mereka cuba sendiri, kemudian mengajak teman-teman sebagai " tukang rasa dan bagi komen ". Dari komen kawan-kawan itulah, mereka memberanikan diri untuk berniaga nasi ayam.

Nah! Akhirnya produk yang diniagakan itu " boleh di makan tetapi tidak boleh pergi jauh". Jangan salah anggap tentang stament ini ; saya terlibat dalam bidang pemakanan dari tahun 1990 - 2008, rasanya saya layak memberi komen tersebut. Malahan saya sendiri pernah 'test market ' dengan menjalankan perniagaan nasi ayam untuk mengetahui citarasa pelanggan. Dan saya dapati resepi nasi ayam yang saya buat, boleh pergi jauh dengan sedikit usaha dan kesabaran. Dan saya juga terjumpa satu formula mudah, bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan ini yang ingin saya kongsikan bersama dengan bakal-bakal usahawan.

Saya ingin membantu kalangan peniaga seperti ini, untuk meningkatkan mutu nasi ayam yang mereka jual. Saya menyeru sesiapa saya yang berminat, untuk menyertai kelas saya. Insyaallah kita akan berjaya. Saya akan membantu, bukan setakat di kelas sahaja tetapi apabila tuan-tuan ingin menjalankan perniagaan saya akan memberikan khidmat nasihat.

Mari kita berusaha..! Buat yang terbaik dalam hidup kita ini.

(nantikan resepi nasi ayam 3)

RESEPI NASI AYAM 1







Apa kelebihan resepi ini berbanding dengan nasi ayam yang terdapat di pasaran? Bolehkah pelajar yang datang belajar dengan saya menjalankan perniagaan dengan resepi ini? Nanti saya sambung dalam resepi nasi ayam 2...ngantuklah..!

SALAM PERKENALAN

Pernahkah anda terfikir untuk terlibat dalam perniagaan makanan secara serius? Bagaimana caranya? Adakah dengan resepi masakan yang dipelajari turun temurun dari keluarga cukup sebagai modal untuk anda menceburi perniagaan ini? Atau adakah cukup dengan menggunakan resepi-resepi yang berlambak di kedai buku yang terdapat di pasaran atau melalui internet?

SAYA ADA JAWAPANNYA...!

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang masakan, terdapat banyak rahsia-rahsia masakan yang hendak saya kongsi. Mungkin anda tertanya-tanya, tak mungkin seseorang yang tahu banyak rahsia dan resepi hendak berkongsi resepi tersebut dengan orang lain? Saya tidak begitu, ini kerana semua rahsia dan resepi yang diperolehi itu adalah hasil belajar dengan orang lain. Tidak salah saya berkongsi resepi tersebut dengan orang lain pula. Walaupun terfikir, saya mengorbankan 15 tahun mencari resepi terbaik dan memberi kepada orang lain dalam masa sehari? Mungkin tidak adil bagi saya...jawapannya :

HIDUP INI HANYA SEMENTARA. SETIAP ORANG TELAH DITENTUKAN REZEKI MASING-MASING. ANDAINYA ANDA BERJAYA DENGAN RESEPI YANG SAYA KONGSI BERSAMA ANDA, ITU REZEKI ANDA NAMANYA.

Mungkin ada antara anda yang selalu mengunjungi kedai buku dan tertarik dengan buku-buku resepi yang ditawarkan tetapi apabila mencubanya sendiri, tidak mencapai hasil seperti yang anda idamkan. Kenapa terjadi begini?Biasanya untuk menerbitkan sesebuah buku, kajian dan percubaan ke atas resepi tersebut perlu dilakukan oleh pencipta resepi dan juga pihak penerbit. Bukan sekadar menulis, mencetak lalu diedarkan...kemudian dibeli oleh kita dan hasilnya....emm hampeh..! Tak padan dengan harga yang dibayar untuk mendapatkan buku tersebut.

TETAPI BUKAN SEMUA...!Ada juga buku yang baik dan terbukti berhasil. Dengan resepi yang diberikan dapat menghasilkan menu yang sedap dan lazat.INI PELUANG ANDA...!


KURSUS YANG SEDANG BERLANGSUNG
JENIS KURSUS : PENYEDIAAN NASI AYAM KOMERSIL
HARI : SABTU DAN AHAD
MASA : 11PG - 4 PTG
YURAN : RM 250

KANDUNGAN KURSUS

a) Stock Ayam
b) Ayam Goreng
c) Sos Cili
d) Kicap
e) Nasi Ayam Istimewa
f) Minyak Nasi Ayam
g) Air Mandian Ayam
h) Sup Nasi Ayam
i) Cara Hidangan
j) Pengiraan Kos
k) Nasihat Profesional dan Tip2.

KURSUS AKAN DATANG

1. NASI LEMAK KUKUS DAN LAUK PAUK
2. WESTERN FOOD DAN PASTA
3. DAN LAIN-LAIN...

Saya bukan hanya memberi resepi, malah tunjukkan ajar bagaimana untuk menyediakan segala hidangan ini.

KUALITI ADALAH TERJAMIN. DENGAN RESEPI YANG DIBERIKAN, ANDA MAMPU MENGHASILKAN MAKANAN YANG DISUKAI RAMAI. HUBUNGI SAYA, RUSDHI 012 3995173 EMAIL rusdhid@yahoo.com

Bertemu di puncak kejayaan. Lakukan yang terbaik, biar tuhan tentukan yang selebihnya.

Salam,

Rusdhi.